seismik

Kajian Dr Hafiz Membuktikan Visual Bantu Penghidap Austime Untuk Berkomunikasi Lebih Baik

Dr Hafiz telah menghasilkan banyak penerbitan di pelbagai platform dan menerima 35 anugerah inovasi penyelidikan.

Cover image via Dr Hafiz Hassan

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM, Dr. Muhamad Hafiz Hassan, 33, berjaya membuktikan pendekatan visual bantu kanak-kanak autisme untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan melalui penyelidikannya

Pengajian Dr Hafiz Hasan yang mengambil masa selama tiga tahun telah membuahkan hasil apabila beliau berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam tempoh yang ditetapkan (Graduate on Time) serta menerima Anugerah Penyelidikan Cemerlang (APC) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menurut laporan Utusan, Dr Hafiz memberitahu minat yang mendalam terhadap kajian autisme yang bermula sejak pengajian Sarjana membuatkan beliau memilih bidang yang sama untuk kajian di peringkat PhD.

"Kajian pada peringkat PhD, saya membawa bidang kajian ke arah berbeza tetapi masih dalam konteks autisme, dengan memberi tumpuan kepada kaedah visual-spatial yang boleh membantu meningkatkan keupayaan pertuturan kanak-kanak autisme. Mereka mempunyai kebolehan visual yang luar biasa, tetapi menghadapi cabaran dalam komunikasi,” katanya.


Image via Dr Hafiz Hassan

Menurut beliau lagi, walaupun kajian PhD beliau adalah penyelidikan baharu dan bukan sambungan dari kajian Master, pengalaman bekerja dengan komuniti autisme semasa Sarjana memberi beliau pemahaman asas yang kukuh tentang keperluan khas komuniti tersebut sekali gus membantu Dr Hafiz merancang kajian PhD dengan lebih fokus dan mendalam.

Dr Hafiz telah menghasilkan banyak penerbitan di pelbagai platform dan menerima 35 anugerah inovasi penyelidikan

Menghasilkan banyak penerbitan di pelbagai platform, tambahnya ketika ini juga beliau turut dilantik sebagai pakar rujuk oleh pelbagai pihak, termasuk Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM, Malaysia High Functioning Autism Association (MAHFAA), dan Panel Pembangunan Silibus Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selain itu beliau juga telah menyertai beberapa persidangan akademik untuk membentangkan kajian, serta melibatkan diri dalam pelbagai program khidmat masyarakat sepanjang tempoh pengajian PhD beliau.

Image via Dr Hafiz Hassan

“Perjalanan akademik saya dari peringkat Sarjana hingga PhD telah memberi saya perspektif yang luas dalam bidang autisme. Sepanjang hampir tujuh tahun mendalami bidang ini melalui projek berbeza, saya telah menjalankan program bersama komuniti autisme dan membangunkan pelbagai pendekatan untuk mereka. Pengalaman ini sangat bermakna dan membuka mata saya tentang keperluan sebenar masyarakat.

“Kita perlu memahami bahawa kanak-kanak istimewa ini melihat dan berfikir tentang dunia dengan cara yang berbeza. Dengan pendekatan yang tepat, mereka boleh berkembang dan berkomunikasi dengan lebih baik,” jelasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

You may be interested in: