seismik

Kajian Awal Dari China Jelaskan Individu Darah A Lebih Berisiko Untuk Dijangkiti Covid-19

Ini kerana sebahagian besar pesakit dari Wuhan dan Shenzhen, China yang dijangkiti dan meninggal dunia adalah dari kumpulan pesakit darah A.

Cover image via todayonline

Baru-baru ini, kajian awal dari China telah mendapati bahawa individu yang mempunyai darah jenis A dipercayai lebih mudah untuk dijangkiti wabak virus Covid-19 berbanding mereka yang mempunyai darah jenis O

Gambar sekadar hiasan.

Image via Chenang Clinic Official

Menurut laporan, hanya sebilangan kecil daripada pesakit yang mempunyai darah O telah meninggal dunia akibat dijangkiti serangan virus Covid-19 ini.

Namun begitu, sebahagian besar pesakit dari Wuhan dan Shenzhen, China yang telah dijangkiti dan meninggal dunia merupakan dari kumpulan pesakit yang mempunyai darah A.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vox

Menurut penyelidik di Pusat Perubatan di Wuhan, China, pesakit dalam kumpulan darah A dinasihatkan untuk meningkatkan daya tahan tubuh bagi mengurangkan risiko untuk dijangkiti.

Pasukan yang diketuai Wang Xinghuan itu turut berkata bahawa kajian itu masih terlalu awal dan lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.

Tambahan pula, kajian yang diterbitkan di Medrxiv.org itu telah membandingkan lebih 2,173 jenis darah yang disahkan mempunyai kes positif Covid-19 di Wuhan dan Shenzhen dengan 3,694 penduduk yang bebas daripada virus tersebut sekitar Wuhan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Al Jazeera

Ia juga menunjukkan lebih 31.16 peratus penduduk Wuhan mempunyai darah jenis A dan kajian di Hospital Wuhan Jinyintan mendapati 37.75 pesakit Covid-19 di hospital itu mempunyai darah jenis sama.

Sampel darah yang sama juga menunjukkan 25.8 peratus mempunyai darah jenis O berbanding 33.84 peratus daripada keseluruhan populasi.

Hasil kajian turut mendapati 206 pesakit meninggal dunia akibat virus itu, selain 85 pesakit atau 41.26 peratus adalah daripada kumpulan darah A dan 52 kematian daripada individu berdarah O

Walau bagaimanapun, saintis yang tidak terlibat dalam kajian tersebut turut memberitahu bahawa lebih banyak sampel darah perlu diambil bagi membantu pakar perubatan.

Malah, penyelidik dari Tianjin turut menyeru orang ramai yang mempunyai darah dari kumpulan A untuk tidak panik kerana ia tidak bermaksud anda akan dijangkiti 100 peratus.

Dia turut menambah bahawa, "Ia tidak bermakna individu berdarah O juga selamat, anda masih perlu mencuci tangan dan mengikuti garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa."

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: