seismik

Hukuman Penjara Jika Anda Jual Kereta Kepada Rakan, Untuk Rakan Sambung Bayar - PDRM

Penjara, denda, atau kedua-duanya sekali.

Cover image via SAYS

Pernah tak anda terfikir untuk jual kereta anda kepada seorang rakan, kemudian rakan tersebut akan sambung bayar sampai hutang langsai?

Selepas menggunakan kereta selama contohnya 3 tahun, kita mula terfikir untuk menjualnya, bagi menggantikannya dengan kereta baru. Kita juga mungkin berasa lebih baik menjualnya kepada seorang kenalan rapat, dan hanya berurusan secara lisan tanpa sebarang kontrak.

Image via SAYS

Maklumlah, kalau berurusan dengan pihak yang sah, macam-macam dokumen perlu ditandatangani, dan macam-macam peraturan perlu diikuti. Prosesnya agak leceh.

Tapi tahukah anda, menjual kereta anda kepada seorang kenalan, kemudian baki dibayar sepenuhnya oleh kenalan anda itu, sebenarnya adalah salah di sisi undang-undang?

Menurut PDRM, sesiapa yang didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Mesti ramai yang tak pernah tahu, kan?

Baca kenyataan penuh PDRM di bawah:

Anda pembeli kereta sambung bayar? Atau anda nak jual kereta untuk sambung bayar?

Dah tahu ke tentang Akta Sewa Beli 1967?

Jangan cakap lepas ni Polis tak bagi info bahawa jual beli kereta sambung bayar adalah SALAH!

Image via blogspot.com

Secara ringkas dan mudah untuk diterangkan...

Eric beli kereta dan buat pinjaman daripada Bank dengan perjanjian 9 tahun bayaran ansuran. Apabila loan diluluskan, PEMILIK sebenar kenderaan tersebut adalah pihak Bank. Eric pula adalah PENYEWA. Hak milik akan bertukar selepas Eric selesai membayar pinjaman kepada pihak Bank.

So, selagi Eric tak bayar habis, kereta tu bukan kereta Eric dan mana boleh Eric jual kereta milik Bank kepada orang lain. Dah la jual, tak beritahu pada owner (Bank).

Walaupun Eric ada buat surat perjanjian dengan pihak ketiga? Ya, tetap salah you all..

Image via selangorkini.my

Adalah menjadi kesalahan di bawah:

a) Seksyen 38
Sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

b) Seksyen 46
Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Image via says.com

Akta ni bukan buat untuk menyusahkan rakyat. Ini adalah untuk melindungi dan mengatasi masalah serta risiko yang bakal dihadapi penjual/pembeli kereta sambung bayar. Antaranya...

"Pemilik asal (Eric) memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar. Bila-bila masa dia boleh minta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula"

So, jangan teraniaya ok. Dah sambung bayar 2-3 tahun tiba-tiba orang claim tu kereta dia. Nama tak tukar kt JPJ dan bank. So apa lagi yang kita boleh tuntut?

Boleh rujuk booklet dari Jabatan Bantuan Guaman untuk lebih lanjut http://www.jbg.gov.my/…/risal…/booklet-akta-sewa-beli%20.pdf

Admin terlupa... Kes ini adalah dibawah bidang kuasa KPDNKK. Lagi contoh untuk kes yang disiasat oleh agensi lain selain PDRM.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Chup parking pun tak boleh!

You may be interested in: