seismik

JPJ Melaka Berjaya Tahan Sekumpulan Remaja Bermotosikal Guna Nombor Plat 'LANGEK' Ini

Turut dikesan kesalahan tiada lesen memandu, pengubahsuaian swingarm, tiada brek belakang dan lain-lain kesalahan teknikal.

Cover image via Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini di media sosial, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka (JPJ Melaka) berjaya menahan sekumpulan remaja bermotosikal yang telah melakukan pelbagai kesalahan jalan raya

Menerusi posting yang dimuat naik oleh JPJ Melaka di Facebook, ketiga-tiga remaja itu ditahan semasa anggota JPJ Melaka membuat rondaan di sekitar kawasan Rehat & Rawat Jejantas Ayer Keroh menghala ke Selatan.

Antara kesalahan paling ketara kelihatan adalah ketiga-ketiga motosikal itu menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi dengan bertulis 'LANGEK 43100'.

Kumpulan remaja berkenaan turut dikesan membuat kesalahan tiada lesen memandu, pengubahsuaian swingarm, tiada brek belakang dan lain-lain kesalahan teknikal.

"Masyarakat terutamanya yang mempunyai anak remaja diingatkan supaya tidak membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen" - JPJ Melaka

“Pastikan motosikal tidak berlaku sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain boleh dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” ujar JPJ Melaka lagi.

Dalam pada itu, JPJ Melaka mengingatkan para pengguna jalan raya bahawa mempamerkan (atau memasang) nombor plat tidak mengikut spesifikasi, kotor, kabur atau fancy adalah menjadi satu kesalahan.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan kompaun atau saman maksima sehingga RM250.00 di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (KKKM) 1959.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada jpj.spab.gov.my berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: