seismik

JPJ Beri Tempoh Tiga Bulan Untuk Bayar Kompaun Cermin Gelap Atau Bawa Terus Ke Mahkamah

Bayaran berdasarkan kadar kompaun bagi setiap kesalahan cermin gelap.

Cover image via Borneo Post Online & eCentral

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh tiga bulan kepada pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap untuk menyelesaikan bayaran kompaun

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kadar kompaun bagi setiap kesalahan cermin gelap adalah:


- RM100 bagi tempoh satu hingga 15 hari
- RM150 bagi tempoh 16 hingga 30 hari
- RM250 bagi tempoh 31 hari sehingga 60 hari

Image via Sabah Post

Kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan ialah 70 peratus cermin depan, 50 peratus cermin sisi kenderaan kiri dan kanan pemandu serta cermin bahagian belakang dan cermin belakang kosong peratus

"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah mengikut peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

"Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan bagi kesalahan pertama.

"Bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Image via BERNAMA

Bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada individu yang mempunyai alasan kukuh melibatkan faktor keselamatan atau kesihatan

Berdasarkan rekod, JPJ Terengganu telah mengeluarkan 42,149 notis kesalahan melibatkan cermin gelap sejak 2019.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 5,867 kesalahan direkodkan pada 2019; 7,847 (2020); 11,525 (2021); 9,466 (2022) dan 7,444 kesalahan sehingga Ogos tahun ini.

"Selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap," katanya lagi.

Image via MYPT3

Terdahulu, sebanyak 62 kenderaan dilelong melibatkan kenderaan disita pada 2021 ke bawah dengan nilai keseluruhan harga rizab sebanyak RM213,940.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: