seismik

Jika Tidak Kerana Tun Mahathir, Banyak Yang Rakyat Tak Akan Tahu

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Cover image via Facebook / Suara Rakyat & Google

Tarikh 23 dan 24 Februari 2020 pastinya mencatatkan rekod dalam sejarah Malaysia. Apa tidaknya, negara dikejutkan dengan satu demi satu berita politik yang agak sukar untuk dihadam.

Bermula dengan episod bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara pada Ahad dan ditemani beberapa ahli Parlimen lain sehinggalah perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuatkuasa serta-merta, semalam. 

Selain itu, terdapat juga khabar angin mengenai 'kerajaan pintu belakang' yang tular di media sosial menimbulkan rasa gelisah rakyat. 

Setakat ini, Agong menerima perletakan jawatan beliau dan kini dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Sun Daily

Terbaru, satu akaun di Facebook iaitu Suara Rakyat
berkongsi tentang 'jika tidak kerana Tun Mahathir' yang mendapat perhatian warganet

Dalam perkongsian tersebut disertakan satu demi satu 'pendedahan' yang dilakukan oleh Tun Mahathir dalam arena politik tanah air sejak peralihan kerajaan pada tahun 2018 lalu. 

Baca perkongsian penuh di bawah:

1. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir lead PH kepada kemenangan, sampai bila2 kita anggap janji manis mereka satu yang realistik.

2. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, selagi itu ramai ingat dialah pakar ekonomi terbaik dunia.

3. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir acah anti Sultan, kita tak akan nampak betapa beraninya mereka menyanggah perlembagaan dan sistem Raja Berperlembagaan.

4. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir berjanji ingin memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim, kita tak akan nampak betapa Anwar Ibrahim menjilat ludah sendiri.

5. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir mendiamkan liberal bersuara, kita tak akan nampak betapa mereka yang sblm ini kononnya berfakta rupanya ramai yang cetek akademik.

6. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan paksinya di dalam PKR, kita tak akan nampak kegilaan kuasa dalam parti tersebut.

7. Jika tidak Tun Dr. Mahathir masuk ke dalam PH dan membawa undi Melayu sekadar perlu, DAP takkan berani menendang PAS dan membantu menubuh serta memberi talian hayat kepada PAN.

8. Jika tidak Tun Dr. Mahathir memberi banyak jawatan memberi kepada DAP, kita tak akan tahu semua kerja mereka tidaklah hebat seperti kata-kata mereka sejak 20 tahun lalu.

Image via Google

Tambahnya lagi, sejak Tun Mahathir memegang semula tampuk pemerintahan, banyak perkara yang rakyat dapat lihat mengenai keadan politik tanah air

Image via Google

9. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir membuka talian hayat kepada orang UMNO ke BERSATU, tidak kita nampak siapa orang UMNO yang opportunists.

10. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir membuka ruang dan peluang memperoleh kuasa, tidak akan tertubuhnya PAN dan PAS dapat membersihkan kepimpinannya yang gila kuasa.

11. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir merealisasikan kejatuhan BN/UMNO, maka pemimpin BN/UMNO selamanya makin tak sedar diri dan lari dari perjuangan politiknya sendiri serta pembersihan sukar dilakukan dalam skala besar. Parti BN/UMNO juga akan terus berada dikayangan krn menganggap parti mereka tidak akan kalah dlm PRU.

12. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir, agenda penyatuan ummah sukar untuk berlaku.

13. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, tidaklah kita sedar betapa perlunya kasut hitam berbanding putih.

14. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir membuka ruang kuasa Timbalan Menteri Pendidikan kepada pendidikan, tidak kita dapat lihat betapa sakainya mereka bila dapat kuasa dan cauvinis tanpa selindung.

15. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia, tidak kita tahu betapa incompetent dan sakainya beliau bila mendapat kuasa.

16. Jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir meletakkan boss Hindraf sebagai Menteri Perpaduan, tidaklah kita dapat lihat betapa porak perandanya perpaduan kaum diwaktu ini dibawah kepimpinan mereka.

Dalam pada itu, Tun Mahathir juga dipercayai satu-satunya individu yang dapat 'menundukkan' parti politik lain di Malaysia

"Mungkin anda benci Tun Dr. Mahathir tetapi anda tidak boleh menolak realiti bahawa beliau adalah punca kepada terbukanya hijab kepura-puraan dan kecetekan pemikiran serta kemampuan kepimpinan PH.

"Mungkin anda pelik mengapa TGHH dan Tok Mat memberi sokongan kepada Mahathir to keep his throne till next PRU.

"Ini adalah kerana hanya Tun Mahathir yang berani rival dengan DAP, cekap bertarung dengan taktik sesumpah Anwar dan satu-satunya individu didalam PH yang mempunyai capability memerintah negara.

"Do you think Anwar can do so? He can't even control his own party! Lihat segalanya dengan mata kiri dan kanan dengan fikiran terbuka. InsyaAllah dalam musibah ada rahmatnya.

"Sentiasa berdoa semoga Allah SWT masih mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita dan Allah SWT juga yang menggerakkan hati Tun Mahathir dalam melakukan segalanya.

"Inilah perancangan dan takdir ALLAH SWT jua," tulisnya. 

Image via NST

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: