seismik

Jenayah Orang Ketiga: Perosak Rumah Tangga Boleh Didakwa & 'Dipenjarakan' Hingga 3 Tahun

Elakkan menjadi orang ketiga yang boleh merosakkan kebahagiaan rumah tangga orang lain.

Cover image via Majlis Agama Islam Selangor (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai tak tahu, suami atau isteri boleh saman orang ketiga yang mengganggu rumahtangga mereka

Hidup berpasangan adalah fitrah hidupan di dunia ini termasuklah manusia yang akan melalui kehidupan bersama melalui ikatan perkahwinan. 

Banyak perkara yang boleh menjadi punca perceraian seperti kerjaya, penyakit, keluarga dan yang sering terjadi ialah curang.

Tidak kira sesiapa, kes curang boleh melibatkan semua orang termasuklah pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin dan kekasih yang sedang hangat bercinta. 

Isu yang hangat ialah saman orang ketiga. Maknanya suami atau isteri boleh saman orang ketiga yang menjadi punca kepada perceraian.

Orang ketiga itu termasuk kekasih isteri atau suami, keluarga seperti ibu bapa mertua dan ipar duai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via India Today

Mereka yang menganggu keharmonian rumahtangga orang lain boleh dipenjarakan atau didenda oleh Mahkamah Syariah

Tahukah anda, terdapat undang-undang syariah bagi 'orang ketiga dalam perkahwinan' atau 'gangguan pihak ketiga' di mana kita boleh membuat aduan sekiranya menjadi mangsa.

Kesalahan tersebut diletak di bawah ENAKMEN 11 TAHUN 2013 – ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013 (BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI).

Ia menyebutkan bahawa:

Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.

Mungkin ramai lagi yang tak tahu tentang akta tersebut.

Jadi, ingin dijelaskan di sini, jika ada orang ketiga yang cuba mengganggu rumah tangga anda, sebagai suami / isteri / adik beradik / kawan / kawan sekerja / jiran/ kenalan, anda perlu segera pergi ke mahkamah dan maklumkan hal ini.

Ini antara cara untuk anda buat aduan sekiranya menjadi mangsa:

Sekiranya anda menjadi mangsa orang ketiga dan ingin membuat aduan, anda boleh kemukakannya melalui langkah berikut:

  1. Membuat aduan di Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, jabatan agama Islam negeri yang berdekatan
  2. Menjelaskan bentuk gangguan atau hubungan pasangan dengan orang ketiga dan kesannya terhadap rumah tangga
  3. Mengemukakan bukti kukuh dalam bentuk dokumen atau saksi mengenai gangguan orang ketiga
  4. Aduan yang dibuat oleh mangsa akan disiasat secara terperinci oleh Pegawai Penguatkuasa dan jika ada bukti kes akan didakwa di Mahkamah Syariah
  5. Jika disabitkan bersalah, orang ketiga tersebut akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan dalam undang-undang berkaitan

Bersama kita sebarkan dan kongsi info penting ini terutamanya kepada para suami, isteri dan saudara mara, adik beradik dan sahabat-sahabat. Semoga bermanfaat!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

  • MHPSS: di 03-29359935 atau 014-3223392
  • Talian Kasih: 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
  • KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
  • Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: