seismik

JDT Cipta Sejarah Kalahkan AC Milan Dalam Ranking Pasukan Terbaik Dunia!

Makin lama makin luas kuasa JDT.

Cover image via themalaymailonline.com

Tiada apa lagi yang boleh kita ucapkan selain jutaan tahniah kepada pasukan JDT atas pencapaian hebat ini

Buat pertama kalinya, sebuah kelab dari Malaysia tersenarai dalam 200 pasukan bola sepak terbaik di dunia. Sejarah ini tidak pernah sama sekali dibuat oleh mana-mana pasukan tempatan lain selain JDT pada tahun 2015.

JDT merupakan Juara bagi Liga Super dan Piala AFC pada tahun 2015.

Image via bm.therakyatpost.com

Dua gelaran juara yang diperoleh JDT melalui Liga Super dan Piala AFC tahun lalu melonjakkan pasukan merah biru ini ke tangga ke-152, sekali gus mengatasi kelab gergasi Itali AC Milan!

Image via BERNAMA

Bukan setakat mencipta sejarah, JDT turut mengatasi beberapa pasukan ternama bola sepak dari Eropah seperti AC Milan dan Southampton yang berkongsi kedudukan 153 bersama pasukan Deportes Tolim dari Colombia.

Untuk peringkat Asia pula, JDT mendapat tempat ke-11 terbaik selepas diatasi oleh Buriram United FC dari Thailand. Buriram United menduduki tangga ke-137 terbaik di dunia, 15 anak tangga di hadapan JDT.

Kedudukan ini dikeluarkan oleh Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS) berdasarkan prestasi pasukan dalam liga domestik dan antarabangsa

Image via www.espnfc.com

Bagaimana ranking ini dikira?

Mata setiap pasukan dikira berdasarkan jumlah kemenangan dan seri dalam liga dan kejohanan benua/antarabangsa yang disertai. Setiap kejohanan dan liga menyumbang mata yang berlainan, bergantung kepada tahap kesukaran.

Contohnya, satu kemenangan dalam UEFA Champions League membawa 14 mata. Manakala satu kemenangan dalam AFC Cup hanya membawa 7 mata.

Satu kemenangan dalam liga tahap 4 (tahap paling sukar) seperti dalam liga Sepanyol, Itali, England atau Jerman membawa 4 mata. Satu kemenangan dalam liga tahap 1 (tahap paling rendah) seperti dalam liga Kazakhstan pula hanya membawa 1 mata.

Penjelasan lanjut tentang bagaimana ranking ini dikira boleh dirujuk di sini.

semuanyabola.com

TMJ dijulang.

Image via www.nst.com.my

Lebih memberangsangkan, JDT langsung tidak tersenarai dalam 500 pasukan terbaik dunia pada tahun sebelumnya

JDT menjulang Piala AFC.

Image via Rustam Yuldashev/Lagardere Sports

Pada 2014, JDT tak layak langsung untuk masuk ke dalam ranking 500 pasukan terbaik dunia. Tetapi hanya selang setahun, JDT menunjukkan peningkatan yang amat mengagumkan. Daripada langsung tak tersenarai, kini JDT mengorak langkah dan merupakan pasukan ke-152 terbaik di dunia, lebih tinggi berbanding AC Milan dan Southampton. Hebat!

Ranking kelab seluruh dunia untuk tahun 2015 oleh IFFHS (1 Januari 2015 – 31 Disember 2015):

10 pasukan terbaik di Asia:

Dan berdasarkan prestasi semasa pasukan JDT, kedudukan itu besar kemungkinan akan berubah ke tangga lebih baik tahun ini dengan JDT kini dalam kedudukan agak selesa dalam piala AFC dan Liga Super.

Dalam perkembangan terbaru, JDT juga merupakan kelab bola sepak paling pesat membangun di rantau Asia Tenggara

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalan (5 Jun 2016), Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meluahkan rasa bangganya terhadap pasukan JDT.

"Sebagai sebuah kelab yang muda, saya bangga untuk mengatakan bahawa kita adalah kelab yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara. Kami telah mencapai kejayaan dan mencipta sejarah dalam setiap aspek dengan tempoh masa yang singkat.

"Kami diberkati tetapi kami perlu terus berusaha. Jadi buat masa ini, kami telah memulakan separuh pertama musim 2016 dengan baik, menjadi juara Piala Sumbangsih, juara Piala FA, suku akhir Piala AFC, dan tangga teratas Liga Super Malaysia.

facebook.com

"Kami di kelab ini akan terus berusaha untuk memperbaiki apa sahaja yang boleh dalam setiap aspek. Kami tidak pernah berehat. Itu menunjukkan bagaimana setiap orang di dalam kelab JDT berazam dan menumpukan perhatian ke arah matlamat kami.

"Kami menggunakan waktu rehat ini untuk meningkatkan lagi falsafah, teknologi inovasi bolasepak, status kewangan kelab dan juga menaik taraf kemudahan bolasepak JDT," titah baginda.

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kes ini berlaku pada Mac lalu. Ingat lagi?

You may be interested in: