seismik

Janji Nak Bagi Mercedes Untuk Cabutan Bertuah, Ada Dakwa Itu Bukan Kereta Aisar Khaled?

Dia selalu suruh orang komen 'Nak' dalam livenya.

Cover image via TikTok & @aisarkhaledd (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam dunia ini siapa saja yang tidak suka benda yang 'percuma' bukan?

Lagi-lagi barang percuma itu memang dah lama kita impikan. Mesti ada yang sanggup berebut untuk mendapatkannya.

Banyak juga influencer di media sosial kita boleh lihat mereka memberikan pelbagai barangan percuma tetapi mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Terbaru, influencer Aisar Khaled menjadi bualan ramai apabila dia yang kononnya menjanjikan cabutan bertuah sebuah kereta jenama Mercedes kepada pengikutnya.

Image via TikTok

Ada individu dakwa kereta cabutan bertuah bukan miliknya

Difahamkan, Aisar Khaled ada membuat cabutan bertuah buat pengikutnya tetapi dengan syarat mereka telah membeli minyak wanginya untuk melayakkan mereka memasuki peraduan tersebut.

Tetapi, ada yang mendakwa sehingga kini masih tiada cabutan bertuah kereta berjenama dilakukan oleh pemuda itu.

Malah, ada seorang individu mendakwa rupa-rupanya kereta cabutan bertuah tersebut bukanlah milik Aisar Khaled sendiri. 

Menerusi video perkongsian itu, individu tersebut memberitahu kereta tersebut adalah di bawah nama orang lain dan bukannya Aisar Khaled.

Namun, sehingga kini masih tiada kesasihan mengenai perkara terbabit.

"Dia scam je dia buat semua tu untuk orang beli product dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 90.7K views, 1,206 likes dan 123 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok

Lihat video itu di bawah:

@aisarkhaledd Sedikit Penjelasan Kepada Followerku , Andai Kata Saya Sampai Ke Rumah Awak Apakah Awak Nak ? “Komen Saya Nak & Negeri Mana ? #motor #follower #masukberandafyp #aisarkhaledd #epyepe #kongsirezeki #aklegacyteam #xyzbca #fyp #kereta Royalty -

Kesianlah dekat orang yang memang tertunggu-tunggu pemenang tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: