seismik

"Jangan Sampai Kena Slip Disc" - Geng Lelaki Payung Gelek Ini Buat Ramai Netizen Terhibur

Ya Allah, kemain lentik.

Cover image via @dakcikofficial_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Muzik genre dangdut sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia

Tetapi, bukan semua orang suka akan muzik dangdut ini kerana iramanya yang berlenggok dan tariannya juga kurang mendapat sambutan dalam golongan anak muda zaman sekarang. Kebanyakan daripada mereka lebih suka genre pop dan balada.

Namun, lain pula dengan sebuah video yang tular di TikTok ini apabila sekumpulan remaja lelaki sakan bergelek telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sakan layan lagu live band, siap bergelek ramai-ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dakcikofficial_, kelihatan geng remaja lelaki itu sedang berada di sebuah tapak pasar malam.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka dilihat sakan bergelek beramai-ramai seolah-olah memang syok melayan lagu yang sedang dimainkan.

Lebih melucukan, aksi salah seorang lelaki yang bergelek tak ingat dunia telah mengundang komen lawak daripada netizen.

"Baju maroon tu jangan sampai slip disc dah la. Pinggang dia lagi lentok dari aku" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 224.7K views, 13.7K likes dan 455 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hati-hati tulang pinggang masing-masing jangan sampai terkehel pula :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: