seismik

"Jangan Keluar Kereta" - Gadis Kongsi Taktik Pengemis Pura-Pura Jadi Mangsa Kemalangan

Macam-macam taktik sekarang ini digunakan.

Cover image via @arlinalen (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kes melibatkan pengemis kini berleluasa di bandar-bandar

Terutamanya di sekitar kawasa ibu kota Kuala Lumpur, banyak kita boleh lihat pengemis berada di sekitar kawasan berkenaan.

Ia sedikit sebanyak telah menjejaskan imej Kuala Lumpur sebagai tumpuan pelancong. Malah, ada yang kononnya berlakon dengan menggunakan nama Islam untuk kepentingan sendiri.

Terbaru, seorang gadis berkongsi situasi kejadian yang sama berlaku di depan matanya ketika sedang memandu.

Pura-pura jatuh sebaik saja lampu hijau

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa kejadian gadis berkenaan sedang memandu di sekitar ibu kota.

Namun, kemudian datang seorang lelaki berdiri di depan keretanya untuk meminta sedekah.

Apa yang membuatkan dia risau adalah lelaki berkenaan tidak beredar di depannya sehinggalah lampu bertukar hijau.

Malah, lelaki itu berpura-pura jatuh seperti kononnya dilanggar oleh gadis tersebut. Mujur saja tiada apa yang terjadi dan dia akhirnya beredar dari situ.

Jangan sesekali buka pintu atau tingkap kalau seorang diri ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: