seismik

JAKIM Sedia Kaji Semula Fatwa Mengenai Isu Pemindahan Rahim Wanita Untuk Dapatkan Zuriat

Semoga isu ini mendapat perhatian daripada pihak JAKIM.

Cover image via Guritno Purwakanti Ardy (Facebook) & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernahkah anda mendengar tentang sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser atau dikenali sebagai MRKH?

Tahukah anda, wanita dengan sindrom MRKH mempunyai kecacatan kelahiran yang menjadikan mereka tidak mempunyai rahim (uterus) seperti wanita lain.

Satu daripada 5,000 wanita boleh mengalami sindrom MRKH. Disebabkan itulah sindrom ini dikelaskan sebagai jarang dan jarang ditemui.

Dalam pada itu, wanita dengan sindrom MRKH ini juga tidak akan mengalami pendarahan haid kerana ketiadaan organ rahim.

Peratusan untuk hamil juga rendah. Akan tetapi, wanita dengan sindrom MRKH masih memiliki payudara, ovari dan tiub fallapion.

Begitupun, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 2014 telah memutuskan hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap darurat.

Pengasas MRKH Malaysia, Nur Syazwani Abdul Rahim

Image via freemalaysiatoday.com

Pengasas MRKH Malaysia, Nur Syazwani Abdul Rahim berkata, mereka telah memohon kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengkaji semula fatwa itu sejak 2019 kerana ada keperluan terutama membantu wanita lahir tanpa rahim untuk mendapat zuriat.

Katanya, tidak timbul isu ada pihak mengambil kesempatan termasuk pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana prosedur itu memerlukan penerima serta penderma sesuai dan dilaksanakan dengan kawalan ketat.

“Pemindahan tidak akan dilakukan jika calon tidak melepasi kriteria dan prosedur ditetapkan,” katanya yang menubuhkan MRKH Malaysia pada 2014 – sehingga kini ia mempunyai lebih 200 ahli berdaftar kepada FMT Malaysia.

JAKIM tampil beri kenyataan dan sedia bawa isu wanita lahir tanpa rahim ke MKI

Menerusi laporan FMT Malaysia, JAKIM bersedia mengemukakan permohonan kepada Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) bagi mengkaji semula keputusan dibuat Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, kira-kira 10 tahun lalu.

Untuk rekod, jawatankuasa itu pada Oktober 2014 memutuskan hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah tidak harus kerana keperluannya belum mencapai tahap darurat.

“JAKIM bersedia membawa isu ini ke peringkat muzakarah MKI bagi kajian lanjut dan pertimbangan semula hukum, tertakluk permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata jurucakap agensi itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via themalaysianreserve.com

Awal bulan ini, portal itu melaporkan wanita dilahirkan tanpa rahim masih menanti jawapan daripada JAKIM berhubung cadangan mereka supaya teknik pemindahan rahim dibenarkan untuk kumpulan terbabit.

Difahamkan, teknik pemindahan rahim dicadangkan tahun lalu oleh MRKH yang bekerjasama dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Baru-baru ini, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ada kewajaran fatwa hukum pemindahan rahim yang diputuskan 10 tahun lalu itu dikaji semula.

Pengasas MRKH Malaysia, Nur Syazwani Abdul Rahim memberitahu pihaknya dengan kerjasama doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) HCTM UKM memperjuangkan isu ini sejak 2017 dan pada awal 2023, mereka mula menghubungi JAKIM untuk meminta semakan semula fatwa dibuat.

Tambahnya, mereka telah mendapat persetujuan pakar pemindahan rahim Dr Mats Brannstrom dari Sweden untuk melatih doktor tempatan untuk tujuan itu, namun berdepan kekangan susulan fatwa diputuskan pada 2014.

Dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan JAKIM untuk bekerjasama dengan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dan HCTM UKM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar

Image via Bernama via FMT Malaysia

Bagi tujuan itu agensi berkenaan diminta bekerjasama dengan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) di Jeddah, Arab Saudi yang menghimpunkan sarjana dari 57 negara dan mengadakan persidangan keilmuan Islam setiap tahun.

Menurutnya, di peringkat tempatan, JAKIM akan bekerjasama dengan Fakulti Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya.

“Kajian ini akan dibentangkan panel Mesyuarat Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa (JPPF) Jakim pada 14 Feb 2024 bagi mendapatkan pandangan, maklum balas serta cadangan penambahbaikan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Na’im berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-122 pada Oktober lalu bersetuju fatwa itu disemak dan dikaji semula selepas mendengar pandangan hukum.

Katanya, mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM sebelum ini telah mendengar pembentangan pakar HCTM UKM diketuai Dr Ani Amelia Zainuddin.

“Berdasarkan pembentangan dan perbincangan, mesyuarat bersetuju permohonan untuk semakan semula hukum pendermaan rahim diterima dan kajian serta penyelidikan secara komprehensif harus dilaksanakan pihak perubatan HCTM UKM,”
ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: