seismik

"Jaga Mental Health" - Ini Cara Mudah & Murah Untuk Dapatkan Rawatan Di Klinik Psikiatri

Take note and share kepada orang yang memerlukan.

Cover image via Harian Metro & Motherhood

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kesihatan mental perlu dijaga oleh semua orang supaya dapat hidup dengan selesa dan sejahtera

Mental yang sihat sama penting dengan tubuh badan yang sihat. Oleh sebab itu, semua orang diwajibkan untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal dengan sebaiknya.

Namun, tidak mudah untuk seseorang itu untuk melalui pelbagai cabaran dan dugaan hidup sehingga ada yang menghidap penyakit mental. Kadangkala kesihatan mental lebih susah untuk dikenal pasti kerana ia tidak boleh dirasa secara fizikal seperti kesakitan tubuh badan.

Pun begitu, kita boleh sentiasa mengenal pasti ciri-ciri dan simptom-simptom yang berlaku itu sendiri. Antarnya adalah:

  • Masalah kemurungan
  • Kegelisahan
  • Gangguan bipolar
  • Gangguan pemakanan
  • Gangguan tidur
  • Kecelaruan obsesif kompulsif (OCD)
  • Gangguan tekanan selepas trauma (PTSD)
  • dan lain-lain
Muncul persoalan bagaimana hendak mendapatkan rawatan daripada pakar? Jom kami kongsikan sedikit tips dan pencerahan kepada anda.

Cara mudah dan murah untuk dapatkan rawatan di klinik psikiatri:

Jika anda mengalami simptom-simptom, anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan daripada pakai psikiatri. Kesihatan anda lebih penting daripada stigma yang ada dalam kalangan masyarakat.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter iaitu @aimanomist telah berkongsi cara mudah dan murah untuk mendapatkan rawatan melalui bebenang.

Psikiatri merupakan doktor perubatan yang mendapat kelulusan daripada bidang perubatan dan pakar dalam bidang psikiatri. Mereka memang layak untuk mengendalikan masalah psikologi manusia. 

Anda tidak perlu risau dan takut untuk berdepan dengan pakar yang ingin membantu anda untuk menjadi lebih sihat. 

Ini merupakan senarai jika anda ingin mendapatkan rawatan daripada klinik swasta sekitar Selangor:

1. Klinik Pakar Psikiatri Ting

Alamat: B-2-7, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
No. Telefon: 03-8070 8870

2. Klinik Pakar Psikiatri Tan & Ng

Alamat: Jaya One, No 51, Level P1, Blok D, No. 72A, Jalan University, 46200 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 03-7960 6288

3. Klinik Pakar Psikiatri Deva Dass

Alamat: No. 40A, Jalan 52/18, Seksyen 52, 46200, Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 03-7956 0523

4. Klinik Pakar Psikiatri Brain Mind

Alamat: C-11-03, 3rd Floor, 3 Two Square, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 03-7960 9021

5. Klinik Pakar Psikiatri Dr Wong

Alamat: 62A, Lorong Batu Nilam 21A, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor
No. Telefon: 017 708 9112

6. Klinik Pakar Psikiatri Raintree

Alamat: Unit 109, Block F, Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, Section 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 017-599 5188

7. Klinik Pakar Psikiatri A.H. Lee

Alamat: 38-1, Jalan 52/4, Bandar Baru Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 03-7956 1581

8. Klinik Pakar Psikiatri Centinel

Alamat: No 8, Jalan Meranti Bunga, Taman Mewah 7, Batu 6 1, 2, Jalan Meru, Meru, 41050 Klang, Selangor
No. Telefon: 03-3392 7619

9. Klinik Pakar Psikiatri Alaminda

Alamat: R-01-19, Emira Jalan Akuatik A 13/64A, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 03-5032 7440

Ingat, pedulikan stigma masyarakat dan terus jaga kesihatan diri anda! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: