seismik

Inilah Rupa Sebenar 10 Watak Filem Ola Bola 'In Real Life'. Macam Tak Percaya!

Cuba letak misai dan rambut palsu pada diri anda. Tengok apa jadi lepastu.

Cover image via SAYS

Kami yakin pasti ramai yang sudah menonton filem 'Ola Bola' sejak ia ditayangkan pada 28 Januari lepas

Image via Astro Shaw

Pada mereka yang sudah menonton filem ini pasti mengenali beberapa watak dalam filem ini seperti Ali, Tauke, Muthu, Sanjeet, Eric, Chai dan lain-lain. Jadi hari ini, kami nak dedahkan siapa dan bagaimana wajah sebenar mereka in real life.

1. Luqman Hafidz sebagai Ali

Nama sebenarnya adalah Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, dan beliau berusia 25 tahun. Luqman Hafidz atau lebih biasa dipanggil Luqman dalam kalangan rakan-rakannya ini merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Ukur Tanah.

Luqman memang sejak kecil lagi meminati sukan bola sepak malah turut menyertai beberapa kelab selain pernah menerima anugerah pemain terbaik dalam 'YB Khairy Jamaluddin Cup' pada 2014 semasa menuntut di Universiti.

Instagram: Ali

Klik pada gambar.

2. JC Chee sebagai Tauke

Okay, nama penuhnya ialah Chee Jun Cherng dan dia lebih dikenali sebagai JC Chee. JC Chee mendapat pendidikan tinggi di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Setapak dalam jurusan kejuruteraan mekanikal.

Bagaimanapun, selepas tamat pengajian dia mengambil keputusan untuk tidak menjadi seorang engineer tetapi mencuba nasib menjadi seorang model. Dia mengutip pengalaman modeling di Singapura dan Taiwan untuk beberapa tahun. Disebabkan itu, dia pernah tercalon dalam '2010 Asia Model Festival Awards'.

Instagram: Tauke

Klik pada gambar.

3. Saran Kumar sebagai Muthu

Muthu atau nama sebenarnya Saran Kumar Manokaran merupakan pemuda berbangsa India dan berumur 21 tahun. Dia juga kini adalah salah seorang penuntut di Universitii Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi.

Saran sememangnya sudah lama berkecimpung dalam arena bola sepak dan dia pernah bermain untuk pasukan Selangor pada posisi pertahanan semasa menuntut di bangku sekolah menengah dahulu.

Instagram: Muthu

Klik pada gambar.

4. Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Cai

Bagaimana pula dengan Ong Tiam Cai? Saya yakin pasti ramai yang terhibur dengan watak Cai ini dalam filem ini. Nama sebenarnya adalah Lim Jian Wen dan kini berusia 21 tahun.

Instagram: Tiam Cai

Klik pada gambar.

5. Eric Teng sebagai Balak Eric

Dah tengok wajah sebenar Eric yang sebenar? Macam mana? Kami dapat mengagak mesti ramai yang terkejut bukan. Nampaknya, watak Eric di dalam filem ini sememangnya digalas oleh seorang yang bernama Eric!

Kalau di dalam filem, namanya adalah Eric Yong, tetapi nama sebenarnya pula adalah Eric Teng. Untuk pengetahuan anda, selain berlakon Eric juga merupakan seorang model.

Instagram: Eric

Klik pada gambar.

6. Haris Mohd Zainuddin sebagai Sanjeet Singh

Ini pula adalah Sanjeet atau nama sebenarnya Haris Mohd Zainuddin. Dia berasal dari Kuching, Sarawak dan merupakan bekas pelajar di Tunku Abdul Rahman University College (TARC).

Pasti ramai sangka beliau berbangsa India semasa menonton filem Ola Bola. Tetapi, sebenarnya dia mempunyai darah kacukan.

Instagram: Sanjeet

Klik pada gambar.

7. Mohamad Taufiq Hanafi sebagai Abu

Abu atau nama sebenarnya Mohamad Taufiq adalah bekas graduan dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Dia mempunyai kelulusan dalam Ijazah Pengajian Television dan Filem malah juga merupakan seorang 'kaki gym'.

Dia berasal dari Kuala Lumpur dan juga berusia 25 tahun. Oh kiranya geng abang-abang sado jugak lah ni?

Instagram: Abu

Klik pada gambar.

8. Daphne Low sebagai Mei Ling

Siapa sangka gadis kampung bekerja sebagai tukang jahit dan adik kepada Tauke ini adalah seorang wanita jelita dalam kehidupan realiti. Daphne Low dikenali sebagai Mei Ling di dalam filem Ola Bola ini dan merupakan seorang pelakon drama tv yang agak terkenal dalam kalangan pengikut drama tv berbahasa cina.

Facebook: Mei Ling

Klik pada gambar.

9. Katrina Ho sebagai Siew Lee

Ini pula Siew Lee yang memegang watak sebagai teman wanita kepada Tauke. Nama sebenar Siew Lee adalah Katrina Ho dan dia juga merupakan seorang model.

Facebook: Siew Lee

Klik pada gambar.

10. Marianne Tan sebagai Marianne

Marianne atau namanya yang sebenar Marianne Tan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Dia merupakan graduan di The One Academy of Communication Design, Petaling Jaya.

Dia mula terkenal melalui shortfilm Jinnyboy di YouTube yang berjudul 'Unfold' dan juga merupakan tunang kepada Jared Lee iaitu pengasas TheGRIMFILM.

Instagram: Marianne
Facebook: Marianne Tan

Klik pada gambar.

Kepada yang belum tengok lagi filem 'Ola Bola', silalah pergi ke panggung wayang sebelum terlambat. Rugi kalau tak dapat tengok 'Muthu Airline' terbang.

Image via Astro Shaw

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Untuk menghasilkan cerita hebat ini, banyak halangan dan cabaran yang perlu mereka tempuhi. Baca kisah mereka DI SINI:

Inilah kisah benar yang dijadikan inspirasi untuk filem 'Ola Bola':

Banyak lagi kami ada:

You may be interested in: