seismik

"Itu Je Yang Famous"- Disakat Ara Johari, Jawapan Jujur Dari Peminat Melatah Curi Tumpuan

Mungkin kakak ni peminat Wany Hasrita.

Cover image via @araxedit (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Melatah didefinisikan sebagai satu tindak balas tertentu apabila terkejut atau dikenakan tekanan secara tiba-tiba

Kita mesti akan terhibur apabila melihat orang melatah bukan? Iyalah, orang yang melatah ini apabila semakin diusik, semakin menjadi-jadi latahnya. 

Baru-baru ini, Ara Johari mengadakan mini konsert iaitu 'A Night With Ara Johari'. Namun, gelagat salah seorang peminatnya yang melatah telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Confident menyanyi lagu Wany Hasrita depan Ara Johari

Menerusi video yang dimuat naik oleh @araxedit, kelihatan seorang peminat wanita yang menjadi-jadi latahnya sebaik sahaja diusik oleh Ara Johari.

"Oh angin... eh salah lagu. Salah." Wanita itu dihulurkan microphone dan dia terus menyanyi lagu Wany Hasrita. Suasana di dalam konsert bertukar kecoh sebaik sahaja melihat gelagatnya.

Lebih menghiburkan lagi, apabila wanita itu memberikan jawapan jujur selepas diusik Ara Johari turut mengundang dekah ramai.

"Lepas ni sila jemput kakak tu lagi ya dan letak dia di barisan hadapan juga, kelakar betul" - Warganet

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur melihat aksi latah oleh wanita itu. 

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 1.7M views, 168.4K likes serta 1,720 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Yakin sangat tu kak nyanyi lagu Wany Hasrita depan Ara Johari :D

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: