seismik

Isu Terdapat Acrylamide & Glicidol Dalam Produk Biskut, Ini Penjelasan Penuh Daripada KKM

KKM mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg iaitu di bawah paras yang ditetapkan oleh EU.

Cover image via Bernama & Hup Seng (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular baru-baru ini mengenai isu tentang dakwaan beberapa biskut popular Malaysia mempunyai bahan penyebab kanser di media sosial

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberikan perkembangan terkini isu pencemaran acrylamide dan glycidol susulan laporan oleh CHOICE Magazine di dalam laman web Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Council).

Laporan itu juga menyatakan terdapat 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol. 

Antara jenama yang disenaraikan termasuk jenama biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang turut dikilangkan di Malaysia.

Image via Wanista

Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia.  

Acrylamide 
adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan. Namun bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.

KKM mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg iaitu di bawah paras yang ditetapkan oleh EU

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah dilakukan sejak 2015 lagi.

Hasil pemantauan bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, BKKM mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu350 µg/kg.

BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.

Pengguna boleh mendapatkan panduan pencemaran acrylamide di dalam makanan dari Facebook rasmi BKKM

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menjelaskan, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Pengguna juga boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan makanan.

Semoga penjelasan daripada KKM ini menjawab persoalan isu yang timbul dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: