seismik

Isu Guna Visa Pelancong, Malaysia Boleh Hilang Keistimewaan Jika Terus Langgar Peraturan

Mereka yang datang dari luar Arab perlu ada visa haji.

Cover image via The Malaysian Reserve & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, isu rakyat Malaysia menyalahguna visa pelancong sebagai cara untuk masuk ke Arab Saudi dan membuat haji telah mencemarkan nama negara

Menurut laporan Berita Harian, Malaysia berdepan risiko hilang keistimewaan yang diberi kerajaan Arab Saudi jika secara berterusan melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan negara itu.

Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berharap agar rakyat Malaysia tidak menyalahgunakan visa pelancong untuk tujuan melaksanakan haji kerana ia akan mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang menjaga peraturan dan undang-undang.

Image via Berita Harian

"Setakat ini , rakyat Malaysia diberi keistimewaan untuk mengerjakan umrah menggunakan visa pelancong. Saya nasihatkan rakyat Malaysia sentiasa patuh dan ikut peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

"Visa pelancong, visa umrah, visa perniagaan, visa pelajar dan sebagai semuanya tidak dibenarkan melaksanakan haji melainkan visa haji iaitu visa rasmi bagi setiap negara ataupun mujamalah kepada individu tertentu sahaja untuk menunaikan haji," katanya.

Menurut Syed Salleh lagi, jelas bahawa mereka yang datang dari luar Arab perlu ada visa haji, penduduk tempatan dan pemastautin pula perlu mempunyai permit haji untuk melaksanakan haji, selain visa haji tidak sah untuk laksanakan haji.

Kerajaan Arab Saudi dikatakan sudah mula membuat sekatan jalan raya dan memantau jalan tertentu untuk memastikan bahawa hanya yang ada visa haji sah untuk masuk kawasan beribadat haji terutama di Mekah

"Saya ingin tekankan sudah menerima beberapa laporan daripada kerajaan Arab Saudi bahawa mereka sudah mula membuat tangkapan kepada agensi yang cuba menawarkan khidmat haji kepada mereka yang datang menggunakan visa pelancong ataupun visa umrah.

"Sebelum ini pun kerajaan Arab Saudi sudah mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa visa haji yang sah," katanya.

Bagi ejen yang memberi janji manis pula akan dikenakan denda SAR50,000 dan penjara jika sabit kesalahan.

Beliau menasihatkan mereka yang datang menggunakan visa pelancong mestilah meninggalkan Arab Saudi sebelum 29 Zulkaedah 1445H iaitu Jumaat ini (17 Mei).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: