seismik

Isteri Penyanyi Dedah Suami 'Kaki Perempuan', Sanggup Bayar Beribu Untuk Langgan Pelacur

Mesti korang pernah dengar lagu dia.

Cover image via @mommy_starla (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi terkenal Virgoun yang menyanyi lagu 'Surat Cinta Untuk Starla' itu didakwa curang dan mendapatkan khidmat seks daripada wanita lain

Baru-baru ini, isteri penyanyi itu mendedahkan perangai sebenar suaminya di media sosial Instagram. Perkara itu sangat mengejutkan kerana ramai yang tidak menyangka suaminya akan berbuat sedemikian.

Penyanyi Virgoun dan isterinya Inara Rusli atau panggilannya Mommy Starla telah dikurniakan tiga orang anak. Hubungan mereka sangat romantis sehinggakan penyanyi terkenal itu pernah membuat lagu tentang isterinya dan menyanyikannya di khalayak ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terbukti curang dengan wanita lain dan sanggup habiskan duit untuk dapatkan khidmat seks

Menerusi pengakuan isterinya di akaun Instagram @mommy_starla, Inara curiga kerana mendapati transaksi sejumlah RM59,000 ditemui di akaun bank suaminya.

Rupa-rupanya, duit itu digunakan untuk melanggan beberapa orang pelacur untuk memuaskan nafsu suaminya. Perkara tersebut telah berlaku selama setahun.

Bukan setakat itu, Inara juga mendedahkan bahawa suaminya pernah membawa seorang rakan wanita untuk beraya ke rumah mereka pada raya tahun lepas. Rupa-rupanya, mereka mempunyai hubungan namun Inara langsung tidak bersangka buruk.

Inara juga kesal dengan sifat suaminya yang suka menggunakan kuasa veto sebagai suami untuk menyuruh Inara memenuhi kemahuan bersama pada waktu siang hari pada bulan Ramadan.

Selain itu, Virgoun juga memintanya menanggalkan purdah supaya ramai tahu dia mempunyai isteri yang cantik.

Lebih mengejutkan lagi, Virgoun juga memaksa Inara menurunkan berat badan selepas melahirkan anak dengan menyuntik badannya sehingga ada kesan lebam untuk kepuasan suami.

Baru-baru ini, Virgoun mengakui semua kesilapannya dan akan bertanggungjawab dengan apa yang terjadi

Inara menerima surat pernyataan daripada Virgoun yang menyatakan semua perkara yang didedahkan itu adalah benar. 

Astaghfirullah, risau ya tengok kes-kes macam ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: