seismik

Isteri Kuat Menyakat, Suami Merayu Siap Buat Mini Love Kepala Tersepit Cermin Kereta

Lain pasangan lain cara gurauannya.

Cover image via @emaasamsudin_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam kehidupan berumah tangga, gurauan antara suami dan isteri itu perlu

Selain daripada mengingati saat-saat bahagia bersama pasangan, gurauan tersebut juga untuk mengekalkan rasa kasih sayang serta mengelakkan hubungan yang terjalin itu merasa bosan.

Namun, lain pasangan lain cara gurauannya. Ada yang suka bergurau manja dan ada pula yang bergurau kasar. Yang penting pasangan kita faham dan tidak terasa hati.

Begitu juga dengan sebuah video di TikTok ini apabila seorang lelaki disakat oleh isterinya di dalam kereta menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak lengkap rasa kalau tak menyakat suami

Menerusi perkongsian video daripada @emaasamsudin_, kelihatan dia sengaja menaikkan cermin kereta sehingga menyebabkan kepala suaminya tersepit dan tidak boleh keluar.

Malah, wanita itu juga sempat mentertawakan suaminya selepas melihat reaksi lelaki itu yang menggelupur ingin mengeluarkan kepalanya sehingga merayu sambil memberikan mini love buat si isteri.

Pada akhir video, wanita tersebut menurunkan cermin kereta dan suaminya dilihat memegang dagu untuk menghilangkan rasa lenguh kerana tersepit agak lama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 370.3K views, 33.3K likes dan 516 shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet memberikan pendapat mereka masing-masing mengenai video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Apa-apa pun, seronok tengok mereka berdua bahagia. Doakan yang baik-baik je guys :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: