seismik

Israel Bom Rafah Pada Malam Pertama Ramadan, Sumber Makanan & Air Di Gaza Makin Teruk

Semoga segalanya berakhir tak lama lagi :(

Cover image via Barron's

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Serangan udara Israel membunuh tiga orang pada malam pertama Ramadan di Gaza

Image via aljazeera.com

Menurut laporan Al Jazeera, Israel menyasarkan bandar Rafah di selatan Gaza yang menjadi tempat perlindungan lebih 1.5 juta rakyat Palestin.

Beratus rakyat Palestin hadir berkumpul di masjid yang dibom dan kawasan kem perpindahan untuk menunaikan solat.

Gaza kini kekurangan makanan dan air yang sangat teruk

Image via barrons.com

Seperti yang kita tahu, pada bulan Ramadan umat Islam akan berpuasa bermula daripada terbitnya fajar hingga tenggelamnya matahari.

Bagaimanapun keadaan di Gaza sangat menyayat hati yang mana mereka telah terpaksa berpuasa berbulan-bulan sejak bermulanya serangan tentera Israel tahun lalu.

"Ia adalah keadaannya yang membuatkan anda menangis kerana tiada siapa yang kelihatan gembira di mata mereka, semua orang kelihatan sedih," kata salah seorang rakyat Palestin kepada Al Jazeera.

Image via aljazeera.com

Saksikan video laporan penuh Al Jazeera di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Ramadan sudah tiba, ini apa yang anda perlu tahu:

You may be interested in: