seismik

"Iron Lady" - Netizen Kagum Tengok Keberanian Wanita Ini Tukar Lampu Di Puncak KLCC

Wanita yang hebat!

Cover image via @siva_wwc6 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, sesetengah daripada kita memang ada perasaan gayat apabila berada di tempat tinggi betul tak?

Bukan senang nak atasi rasa gayat itu lebih-lebih lagi kalau kita takut akan ketinggian sejak kecil lagi.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita menukar lampu di puncak paling tinggi Menara Berkembar Petronas (KLCC) telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap lambai ke arah kamera, netizen pula yang gerun tengok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @siva_wwc6, kelihatan wanita tersebut yang merupakan seorang NDT Technician sedang berada di puncak KLCC.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila aksinya memanjat puncak tertinggi KLCC dengan sangat berani dan melakukan tugas menukar lampu di situ.

Malah, dia sempat melambai ke arah kamera yang sedang merakam. Aksinya itu ternyata membuatkan ramai yang merasa gayat dan kagum dengan keberaniannya.

"Kalau aku hilang dah rasa lutut, memang tak dapat berdiri tegak dah. Handal mereka semua. Semoga semua urusan dipermudahkan" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah mencecah 1.8M views, 179.9K likes dan 9.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut mengagumi keberanian dan mendoakan semoga urusan wanita itu serta rakan sekerjanya dipermudah.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak tahu nak cakap dia punya berani tu tahap apa. Salute!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: