seismik

"Insult To Life Itself" - Isu Karya Seni Dijana AI, Ini Respons Pengasas Studio Ghibli

Siapa peminat Ghibli dekat sini?

Cover image via TIME & @shortsjapan (Threads)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat Ghibli, iaitu studio animasi Jepun yang terkenal di sebalik 'Spirited Away' teruja apabila versi baharu ChatGPT membolehkan mereka mengubah meme internet atau foto peribadi yang popular kepada gaya tersendiri

Namun begitu, pengasasnya, Ghibli Hayao Miyazaki memberi kritikan terhadap trend AI yang semakin tular di internet itu.

Menerusi sebuah video lama di laman aplikasi X, pembuat filem yang terkenal dengan karya agung seperti Spirited Away dan My Neighbor Totoro itu menyatakan pandangannya tentang AI dan berpendapat ia tidak akan memahami perasaan sebenar manusia.

Video itu menunjukkan sekumpulan animator dan pereka mempersembahkan penerbit Studio Ghibli Toshio Suzuki dan Miyazaki dengan ciptaan mesin AI yang boleh menghidupkan imej.

Imej animasi itu kelihatan seperti zombi yang mengerikan dan mereka menjelaskan bahawa AI boleh menghasilkan pergerakan yang aneh serta luar biasa melebihi apa yang boleh dibayangkan oleh manusia.

Tidak terkesan dengan penjelasan dan imej animasi itu, Miyazaki seperti tidak gembira melihatnya dan berkata imej animasi AI itu mengingatkannya kepada perjuangan rakannya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: