Instagram Kini Boleh Mainkan Reels Di Speed 2 Kali Ganda, Yang Penting Update Dulu Okay!
Menurut jurucakap syarikat, semua pelanggan akan mempunyai akses pada hari Khamis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Aplikasi Instagram kini sudah menyediakan fungsi baharu di mana anda boleh mainkan Reels dengan speed dua kali ganda
Menurut sumber, jurucakap berkata fungsi baharu itu adalah berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna di Instagram.
"Ini merupakan ciri yang mempunyai permintaan tinggi daripada komuniti kami, dan kami berharap dapat membantu untuk memberikan anda lebih kawalan ke atas pengalaman Reels anda.
"Untuk menggunakan ciri ini, hanya tekan lama pada tepi kanan atau kiri skrin, dan video akan bermain pada kelajuan 2x sehingga anda melepaskannya," katanya.
Pengguna perlu update Instagram di telefon untuk mengakses ciri baharu itu
Pengguna mungkin sudah terbiasa dengan ciri berkelajuan dua kali. Tambahan pula, ia sudah tersedia di pelbagai aplikasi termasuk TikTok, Netflix dan YouTube.
Difahamkan, fungsi 2x speed itu belum boleh diakses oleh semua pengguna. Namun, ia akan dapat diakses selewat-lewatnya pada Khamis depan.
"Selalunya, pelancaran kami mengambil masa 24 jam atau lebih. Pelanggan juga mungkin perlu mengemas kini aplikasi Instagram mereka untuk mengakses ciri tersebut," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!