seismik

"#IniGameKami" - MyGameOn (MGO) Anjur Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT

Peringkat kumpulan akan bermula pada 15 hingga 17 Ogos ini.

Cover image via MyGameOn

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

REV Media Group (RMG) melalui saluran gaming MyGameOn (MGO), dengan bangganya membawakan kepada anda Squad Up Arena, evolusi terbaru dalam siri kejohanan e-sukan Squad Up khusus buat para gamers di luar sana!

Terdahulu, RMG dan Facebook Gaming telah berganding bahu menganjurkan Squad Up: Athena, sebuah kejohanan e-sukan yang memperjuangkan pemain wanita di seluruh Asia Tenggara, menyaksikan sebanyak 24 penyertaan pasukan Mobile Legends: Bang Bang.

Kali ini bertemakan #IniGameKami, Squad Up Arena bertujuan untuk memberi tumpuan kepada seluruh komuniti permainan video bagi merancakkan kemajuan e-sukan di Malaysia, dan MGO dengan bangganya mempersembahkan Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT!

Image via MyGameOn

Hadiah wang terkumpul bernilai RM5,000 untuk dimenangi

Menurut Ketua Kandungan Permainan RMG, Adrian Lai, beliau sangat teruja untuk menganjurkan kejohanan ini dan berharap dapat menyaksikan persaingan yang sihat antara para pemain dalam usaha mereka untuk memenangi sebahagian dari hadiah wang terkumpul bernilai RM5,000.

"Seperti yang dijanjikan, kami kembali lagi dengan Squad Up, dan kami sedia maklum ramai peminat kami yang mahukan sebuah kejohanan untuk VALORANT, salah satu permainan penembak kompetitif paling popular di dunia hari ini.

"Kami berhasrat untuk membawa e-sukan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan kemenangan Malaysia merangkul emas dalam Kejohanan e-Sukan Komanwel (CEC) baru-baru ini telah membuktikan kemampuan negara kita.

"Dengan inisiatif ini, kami berharap dapat menemukan lebih ramai bakat baru bertaraf dunia seterusnya dapat membuka jalan kepada mereka untuk bersaing di pentas dunia pada suatu hari nanti," katanya.

Image via MyGameOn

Disiarkan secara langsung pada 27 dan 28 Ogos 2022 di laman rasmi media sosial MyGameOn

Untuk pengetahun anda, ‘VALORANT’ adalah permainan video free-to-play first-person hero shooter dibangunkan dan diterbitkan oleh Riot Games.

Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT merupakan salah satu kejohanan terbuka e-sukan VALORANT yang diadakan di Malaysia. 

Peringkat kumpulan akan bermula pada 15 hingga 17 Ogos 2022 dan 8 pasukan yang terbaik akan berentap di pusingan akhir yang akan disiarkan secara langsung pada 27 dan 28 Ogos 2022 di laman rasmi media sosial MyGameOn (Facebook, YouTube dan TikTok).

Para pemain akan berentap untuk merebut hadiah terkumpul bernilai RM5,000 dan penyertaan terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 13 tahun dan ke atas.

Bersedia di hadapan mana-mana peranti kegemaran anda nanti, relaks dan nikmati setiap perlawanan! Dapatkan maklumat lanjut berkenaan Kejohanan Terbuka Squad Up Arena x VALORANT di https://sua.mygameon.my/.

Mengenai Squad Up Arena:

- Terbuka kepada 13 tahun dan ke atas
- Hadiah terkumpul RM5,000
- Permainan VALORANT
- Penganjur MyGameOn (REV Media Group)
- Saluran Livestream

Facebook MyGameOnhttps://www.facebook.com/mygameondotmy
YouTube MyGameOn: https://www.youtube.com/c/MyGameOnMalaysia
TikTok MyGameOnhttps://www.tiktok.com/@mygameondotmy
Laman webhttps://sua.mygameon.my/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: