seismik

Ini Tempat Camping Best Di Selangor Anda Boleh Pergi Bersama Keluarga

Yang suka nature tu memang sesuai.

Cover image via The Hideout - Caravan & Camping (Facebook) & Naiva West Beach

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim cuti sekolah sekarang memang ramai orang tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti

Kebiasaannya, persediaan awal sudah disiapkan untuk pergi ke destinasi tersebut. Tambahan pula kalau di nak pergi ke tempat yang jauh.

Namun, ia semua terpulang kepada individu itu sendiri. Kerana setiap orang berbeza-beza. Bagi anda yang sukakan cuti secara camping sambil healing, kami ada beberapa tempat yang anda perlu datang nanti.

Jom kami kongsikan antara tempat camping best di Selangor bawah:

1. Dusun Bonda

Image via Dusun Bonda
Image via Dusun Bonda

Dusun Bonda merupakan sebuah vila kecil milik persendirian dan tapak Glamping di kebun buah-buahan. Mereka menawarkan penginapan yang harmoni dengan suasana dan persekitaran yang menenangkan. Ia menawarkan kemudahan mesra kanak-kanak, pemandangan tenang yang indah di samping sungai serta air terjun dan kolam renang.

Alamat: Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor.

2. Alpine Camp

Alpine Camp menjanjikan anda ketenangan dan suasana tenang di tengah-tengah bukit dan sungai yang jernih. Sesuai untuk anda luangkan waktu bersama rakan dan keluarga.

Alamat: Batu 23, Sungai Lui, Hulu Langat, Malaysia.

3. Kemensah Valley Recreation And Chalet

Image via Kemensah Valley
Image via Kemensah Valley

Tempat ini menawarkan kemudahan camping yang lengkap dengan pemandangan semula jadi yang indah. Anda boleh memilih untuk memasang khemah di tapak camping yang telah disediakan atau menyewa chalet yang selesa.

Alamat: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor.

4. River & Glamp

Perkhemahan ini terletak di Hulu Langat, mereka menawarkan pengalaman glamping yang eksklusif dan mewah di tepi sungai.

Anda boleh merasai penginapan dalam khemah yang tenang dengan suasana moden. Banyak aktiviti anda boleh lakukan di sini.

Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor.

5. The Hid3out

Image via The Hid3out
Image via The Hid3out

Di The Hid3out, anda boleh memilih untuk memasang khemah sendiri atau mahu menyewa khemah yang telah disediakan.

Di sini juga terdapat chalet dan villa yang selesa untuk anda mencari pengalaman perkhemahan yang menarik. Anda juga boleh menikmati aktiviti seperti berkelah, memancing, dan mandi kolam renang.

Alamat: hutlista 2, jalan sungai tua ulu yam, Batu Caves, Malaysia.

Bolehlah ajak kawan dengan family nanti! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: