Ini Senarai Penuh 30 Smart Lane Di Lebuhraya PLUS Diaktifkan Sempena Hari Raya Aidiladha
Selamat berjuang buat yang mula drive malam ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena musim sambutan perayaan Aidiladha tahun ini, PLUS mengumumkan pengaktifan 30 Smart Lane di lebuhraya tersebut
Lokasi Smart Lane ini melibatkan tiga zon iaitu Wilayah Utara (3 lokasi), Wilayah Tengah (17 lokasi) dan Wilayah Selatan (10 lokasi) merangkumi lebuhraya PLUS dari Kedah hinggalah ke Johor.
"Sempena musim perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma, PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan 30 lokasi Smart Lane di sepanjang Lebuhraya PLUS sebagai salah satu inisiatif untuk menyuraikan trafik dan menambah kapasiti lorong di lebuh raya.
"Sentiasa amalkan pemanduan berhemah ketika menggunakan lorong Smart Lane untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar," tulis PLUS dalam sebuah hantarannya di X.
Smart Lane dibuka bertujuan untuk memastikan trafik kekal lancar
Smart Lane merupakan pembukaan lorong kecemasan lebuhraya untuk digunakan secara sah oleh kenderaan ringan. Ia bertujuan untuk membantu memastikan lalu lintas kekal lancar dengan menggunakan semua lorong yang tersedia.
Akan terdapat tanda-tanda pengaktifan Smart Lane untuk memberitahu pengguna jalan raya kira-kira 1km dan 500 meter sebelum bermulanya Smart Lane, serta papan tanda elektronik yang mempunyai lampu hijau tepat sebelum permulaan.
Dua ratus meter sebelum tamatnya Smart Lane, pengguna akan dapat melihat papan tanda ‘TAMAT’, menandakan mereka perlu kembali ke lorong biasa.
Semasa menggunakan Smart Lane, patuhi had laju yang ditetapkan, dan PLUS mengesyorkan agar anda memandu di bawah 60 km/j. Setelah berada di dalam SmartLane, kekal di lorong tersebut sehingga tamat dan jangan kembali ke lorong biasa.
Pemandu di lorong biasa paling kiri dinasihatkan supaya memberi laluan kepada kenderaan yang ingin memasuki semula ke lorong biasa di titik tamat Smart Lane.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!