seismik

Ini Senarai Cuti Panjang Tahun 2024. Bulan September Tu Boleh Cuti Panjang Terus!

Dah boleh plan ni nak pergi mana.

Cover image via BHTP & Deposit Photos

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun pasti ramai yang akan melihat balik kalendar untuk merancang percutian mereka bukan?

Tidak kira bersama keluarga atau rakan. Bercuti sememangnya dapat merehatkan minda kita selepas penat bekerja. Inilah masanya untuk kita pergi ke tempat-tempat menarik.

Jadi, untuk tahun 2024 ini juga banyak juga cuti yang anda dah boleh mula merancang untuk pergi bercuti. Jom kita lihat.

Image via GIPHY

Januari 2024:

Thaipusam: 25 Januari (Khamis)

  • Ambil cuti pada hari 26 Januari (Jumaat)
  • Tertakluk kepada negeri Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor

Februari 2024:

Hari Wilayah Persekutuan: 1 Februari (Khamis)

  • Ambil cuti pada 2 Februari (Jumaat)
  • Tertakluk hanya untuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Israk dan Mikraj: 8 Februari (Khamis)
  • Ambil cuti pada 9 Februari (Jumaat)
  • Tertakluk hanya untuk negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu
Tahun Baru Cina: 10 Februari (Sabtu) hingga 12 Februari (Isnin)
  • 12 Februari (Isnin) adalah cuti carry forward namun tidak tertakluk untuk negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Mac 2024:

Hari Nuzul Al-Quran: 28 Mac (Khamis)

  • Ambil cuti pada 29 Mac (Jumaat)
  • Tertakluk hanya untuk negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu

April 2024:

Hari Raya Aidilfitri: 10 April (Rabu) hingga 11 April (Khamis)

  • Ambil cuti pada hari 12 April (Jumaat)

Jun 2024:

Hari Keputeraan YDP Agong: 3 Jun (Isnin)

  • Ambil cuti pada 4 Jun (Selasa) 
Hari Raya Haji: 17 Jun (Isnin) hingga 18 Jun (Selasa)
  • Ambil cuti pada 19 Jun (Rabu)

Image via Liberty Travel

Julai 2024:

Awal Muharram: 7 Julai (Ahad)

  • 8 Julai (Isnin) adalah cuti carry forward namun tidak tertakluk untuk negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

September 2024:

Maulidur Rasul: 16 September (Isnin)

  • Ambil cuti pada 13 September (Jumaat)
Hari Malaysia: 16 September (Isnin)
  • 17 September (Selasa) adalah cuti carry forward
  • Tertakluk untuk semua negeri

Oktober 2024:

Hari Deepavali: 31 Oktober (Khamis)

  • Ambil cuti 1 November (Jumaat)

Disember 2024:

Hari Krismas: 25 Disember (Rabu)

  • Ambil cuti pada 26 Disember (Khamis) dan 27 Disember (Jumaat)


* Pengambilan cuti ini hanyalah cadangan sahaja

Dah dapat tarikh cuti umum ni, boleh lah plan dah percutian anda! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: