Ini Senarai Barangan Yang Anda Boleh Beli Dengan Bantuan 'MyKasih' Daripada Kerajaan
Pastikan barang yang anda mahu beli termasuk dalam senarai barangan MyKasih!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini boleh membeli barangan runcit di kedai dengan menggunakan MyKad menerusi bantuan MyKasih
Untuk rekod, bantuan SARA akan dikredit ke dalam MyKad penerima bermula April ini bagi mendapatkan barangan keperluan harian.
Jadi, dalam artikel ini kami akan kongsikan kepada anda senarai jenis barangan MyKasih yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini.
Terdapat 13 jenis kategori barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan MyKad
Berikut adalah 13 kategori barangan MyKasih yang boleh dibeli penerima SARA menggunakan duit bantuan tersebut:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
Lihat antara jenama barangan yang boleh dibeli di bawah:
Adakah apa-apa jenama boleh diambil jika termasuk dalam kategori tersebut? Haa, ini caranya untuk periksa
Dah sampai kedai tapi jenama barang yang nak beli tak ada dalam gambar kat atas ni? Jangan risau senang je nak tahu sama ada barang itu layak atau tak dibeli menggunakan MyKad.
Apa yang perlu anda buat adalah pastikan anda mempunyai aplikasi MyKasih terlebih dahulu. Dalam tu anda boleh periksa baki, senarai barangan dan kedai berdekatan yang tersedia mempunyai barangan MyKasih.
Nak lagi faham, tengok je video di bawah ini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!