seismik

Penggemar Filem Aksi? Ini 5 Filem 'Terbaik' Tempatan Yang Mendapat Sambutan Hangat

Filem aksi memang best, lagi-lagi bila tonton bersama family!

Cover image via Mstar & Myinfotaip

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Filem atau drama aksi sentiasa menjadi pillihan orang ramai untuk ditonton masa lapang

Tidak dinafikan jalan cerita yang mempunyai pelbagai plot twist dan sangat mencabar, memang membuatkan penonton rasa excited dan tak sabar nak habiskan. 

Bila nak meluangkan masa dengan family, sudah pasti kita akan tengok movie atau drama sama-sama kan jadikan sebagai rutin harian? Filem atau siri drama bertema aksi akan menjadi pilihan keluarga kerana ia sesuai untuk ditonton semua.

Tak tahu nak tengok cerita apa? Dont worry, we got you!

Image via GIPHY

Ini top 5 filem aksi terbaik tempatan:

1. KL Special Force

Image via Disney+ Hotstar

Filem ini mengisahkan sekumpulan unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai KL Special Force berusaha untuk menumpaskan kumpulan perompak yang dikenali sebagai Geng Anarkis yang merompak bank Damofa.

KL Special Force merupakan sebuah filem aksi Malaysia arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions pada tahun 2018.

Pelakon: Dato' Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Mustaqim Bahadon, Ramona Zamzam, Josiah Hogan, Puteri Balqis

Durasi: 106 minit

2. KL Gangster

Image via Disney+ Hotstar

KL Gangster merupakan sebuah filem aksi jenayah yang ditayangka pada tahun 2011. Ia menceritakan kisah seorang bekas ketua gangster yang baru saja keluar dari penjara dan ingin mengubah kehidupannya. Filem ini pada awalnya ditayangkan hanya di pawagam.

Filem tersebut diarahkan oleh Syamsul Yusof yang juga merupakan Pengarah terbaik pada ketika itu melalui Skop Productions.

Pelakon: Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra, Sofi Jikan, Zizan Razak

Durasi: 81 minit

3. Zombitopia

Image via Disney+ Hotstar

Zombitopia merupakan sebuah filem aksi seram berkisarkan virus yang menyerang manusia sehingga mereka dijangkiti dan mengganas 15 tahun yang lalu. Penyebaran virus ini menyebabkan dunia menjadi huru-hara dan kecoh sehingga mengugat kseselamatan awam. 

Filem ini diarahkan oleh Woo Ming Jin, sementara skrip ditulis oleh Ming Jing dan Neesa Jamal. 

Pelakon:  
Shaheizy Sam, Elvina Mohamad, Bront Palarae, Azman Hassan dan Sharifah Amani

Durasi: 90 minit

4. J2: J Retribusi

Image via Disney+ Hotstar

Filem aksi Malaysia ini ditayangkan pada tahun 2021. Filem ini merupakan kesinambungan J Revolusi (2017). Filem ini mengisahkan tentang Jay Zulkarnian mengejar masa untuk menyelamatkan bos dan anak perempuannya yang menjadi mangsa tebusan.

Filem ini merupakan arahan Nazrul Adraff Mahzan dan Nazim Shah. Skrip ditulis oleh Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf dan Alfie Palermo.

Pelakon: Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Chen Yiming, Ainin Batrisya, Amelia Henderson, Rosyam Nor

Durasi: 108 minit

5. Tombiruo: Penunggu Rimba

Image via Disney+ Hotstar

Filem aksi ini berkisarkan pengembaraan seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia atas kematian ayahnya. Misi mencari pembunuh itu diteruskan dan pelbagai cabaran perlu diharungi.

Filem ini diarahkan oleh Seth Larney. Ia merupakan sebuah filem adaptasi novel oleh Ramlee Awang Murshid.

Pelakon: Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, M. Nasir, Faye Kusairi, Marlia Musa, Dynas

Durasi: 115 minit

Haa, nak tengok siri drama aksi terbaru tak? Jom tonton 'Special Force: Anarchy'!

Special Force: Anarchy merupakan siri drama pertama dari Malaysia yang bakal ditayangkan di platform Disney+ Hotstar mulai 14 Januari. 

Filem ini diarahkan oleh Syafiq Yusof daripada Skop Productions. Lebih menakjubkan lagi, barisan pelakon filem ini terdiri daripada pelakon hebat antaranya Puteri Aishah, Dato' M Nasir dan banyak lagi. Tunggu apa lagi? Jom tonton filem gempak ini, confirm tak menyesal!

Image via Disney+ Hotstar

Jangan risau, banyak lagi siri drama dan filem menarik yang terdapat di Disney+ Hotstar. Tak rugi nak langgan tau!

Lagi best, anda boleh nikmati semua drama dan filem dengan hanya RM54.90 untuk tiga bulan.

Tunggu apa lagi? Mula tonton drama kegemaran anda di Disney+ Hotstar sekarang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik