Ini Senarai 31 Perjanjian & MoU Antara Malaysia Dan Kerajaan Republik Rakyat China
Semoga perjanjian & MoU antara Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China membawa manfaat kepada kedua-dua negara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah berkongsi Malaysia akan terus menguatkan lagi hubungan bersama China setelah mencapai perjanjian 31 MoU meliputi pelbagai aspek
Menurut Anwar, pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) ini meliputi pelbagai aspek dalam pelbagai industri untuk membawa hubungan antara dua kerajaan ini ke tahap baru.
"Hari ini ternyata detik bersejarah tatkala Presiden Xi Jinping dan saya telah menyaksikan sesi pertukaran MoU antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China di pelbagai lapangan yang mempunyai kepentingan strategik kepada kedua-dua negara sahabat.
"MoU yang telah ditandatangani ini lantas meletakkan hubungan istimewa Malaysia-China ke tahap baru yang lebih meyakinkan yang pastinya akan membawa limpahan kemakmuran pada aspek kesejahteraan rakyat dan negara seluruhnya," katanya.
Jom lihat apakah senarai 31 perjanjian dan MoU antara Malaysia dan China hasil pertemuan bersejarah Anwar Ibrahim bersama Presiden Xi Jinping:
1. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Pemerkasaan Kerjasama dalam Inisiatif Keselamatan Global (GSI)
- GSI pertama kali dicadangkan oleh Xi pada April 2022 sebagai salah satu daripada Tiga Inisiatif Utama. Ia berfungsi sebagai platform untuk dialog mengenai isu keselamatan global dan memupuk hubungan keselamatan.
2. Nota Pertukaran mengenai Pemerkasaan Kerjasama dalam Inisiatif Peradaban Global (GCI)
- Ditubuhkan pada Mac 2023, GCI menyokong penghormatan terhadap kepelbagaian tamadun, nilai bersama kemanusiaan, kepentingan pewarisan dan inovasi tamadun, serta pertukaran dan kerjasama antara rakyat antarabangsa yang mantap.
3. MoU antara Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China dan Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai Pengukuhan Kerjasama Pembangunan dan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI)
4. Perjanjian antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Pengecualian Visa Timbal Balik bagi Pemegang Pasport Rasmi dan Pasport Biasa
5. Nota Pertukaran antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Penubuhan Dialog Dua Hala Bersama dalam Bidang Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan
6. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Kerjasama dalam Perdagangan di Lapangan Perkhidmatan
- Perdagangan di Lapangan Perkhidmatan merujuk kepada pertukaran produk atau perkhidmatan tidak ketara antara pengeluar dan pengguna, sama ada dalam negara yang sama atau antarabangsa.
7. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia bagi Penyemarakan Inisiatif “Dua Negara, Dua Taman” China-Malaysia
- Inisiatif ini ditubuhkan pada awal 2010-an dengan penubuhan dua taman perindustrian di Guangxi dan Kuantan untuk memupuk pelaburan dan perdagangan bersama.
8. MoU antara Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran (Pentadbiran Penyeragaman) China dan Jabatan Standard Malaysia mengenai Kerjasama Penyeragaman
- Kerjasama Penyeragaman merujuk kepada usaha kerjasama antara entiti yang berbeza, seperti kerajaan, organisasi, dan industri, untuk membangun dan melaksanakan standard teknikal yang sama.
9. MoU antara Pentadbiran Keretapi Negara China dan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai Pengukuhan Kerjasama dalam Sektor Keretapi
- Malaysia dan China telah membina landasan kereta api sepanjang 665km sejak 2017, projek kerjasama ekonomi terbesar antara kedua-dua negara dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Januari 2028. MoU itu berkemungkinan berkaitan projek ini dan usaha kerjasama kereta api yang lain.
10. Protokol Keperluan Fitosanitari antara Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi Eksport Buah Kelapa Segar dari Malaysia ke China
11. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Sokongan Bersama Pembinaan Makmal Bersama dalam Pelbagai Teknologi Baharu
12. MoU mengenai Kerjasama Aplikasi Sistem Navigasi Satelit Beidou (BDS)
- BDS ialah sistem navigasi radio berasaskan satelit yang dibangunkan dan diuruskan oleh China National Space Administration. Ia menawarkan perkhidmatan penentududukan, navigasi dan pemasaan yang boleh dipercayai kepada pengguna global, ketepatan tinggi, berfungsi dengan lancar dalam semua keadaan cuaca dan pada setiap masa.
13. Perjanjian Penyelidikan Kerjasama bagi Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi
14. MoU antara Universiti Peking dan Universiti Malaya mengenai Pembinaan Makmal bersama Bahan Baharu AI+ China-Malaysia
- Universiti Peking ialah ahli di dalam C9 League, yang dikenali sebagai Chinese Ivy League.
15. MoU dalam Pembudayaan Wacana antara Konfusianisme dan Islam
- Konfusianisme merupakan falsafah Cina kuno yang memberi tumpuan kepada kepentingan etika dan moral peribadi.
16. MoU mengenai Kerjasama Pelancongan dan Media antara Agensi Berita Xinhua Republik Rakyat China dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)
- Agensi Berita Xinhua ialah salah satu organisasi media terbesar di China, sebuah institusi yang berada di peringkat kementerian ditubuhkan pada 1931.
17. MoU Kerjasama di bawah Rangka Kerja Perikatan Warisan Budaya Asia (ACHA)
- Diasaskan oleh China pada 2023, ACHA ialah platform khusus untuk perlindungan warisan budaya, mempromosikan kerjasama antarabangsa merentas serantau, dialog dan sokongan antara kerajaan.
18. MoU Kerjasama Pelancongan dan Media antara Kumpulan Media China (CMG) dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)
- CMG merupakan salah satu konglomerat media terbesar di dunia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 2018 melalui penggabungan China Central Television, China National Radio dan China Radio International.
19. MoU antara Kerajaan Malaysia dan Agensi Berita Xinhua Republik Rakyat China mengenai Kerjasama dalam Bidang Berita dan Maklumat
20. MoU Tambahan untuk Meminda Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kumpulan Media China (CMG) mengenai Kerjasama dalam Bidang Media
21. MoU antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kumpulan Media China (CMG)
22. MoU Tambahan untuk Meminda MoU antara Kumpulan Media China (CMG) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
23. MoU mengenai Penterjemahan dan Penerbitan Karya-Karya Klasik
24. MoU antara Kementerian Digital Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China mengenai Kecerdasan Buatan (AI)
- NDRC ialah agensi pengurusan makroekonomi yang mengkaji dan menggubal dasar untuk pembangunan ekonomi dan sosial, mengekalkan keseimbangan pembangunan ekonomi, dan membimbing penstrukturan semula sistem ekonomi.
25. MoU antara Kementerian Digital Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China mengenai Ekonomi Digital
26. MoU mengenai Kerjasama dalam Bidang Harta Intelek
27. MoU antara Universiti Xiamen dan Universiti Malaya dalam Penubuhan Bersama Institut Antarabangsa Pengajian Tinggi China-Malaysia
- Universiti Xiamen ialah universiti awam di Fujian, China, yang juga mempunyai kampus di Sepang, Selangor.
28. Surat Niat dari MDEC kepada Universiti Zhejiang mengenai Transformasi Digital, Kecerdasan Buatan dan Bandar Pintar
- Universiti Zhejiang ialah universiti penyelidikan awam di Hangzhou, menempatkan 3,941 ahli fakulti sepenuh masa, termasuk 50 ahli Akademi Sains China dan Akademi Kejuruteraan China.
29. MoU mengenai Kerjasama Dua Hala antara Akhbar People's Daily China dan Star Media Group Berhad Malaysia
- People's Daily merupakan salah satu daripada sepuluh akhbar terbaik dunia; ia juga merupakan salah satu media komprehensif terbesar di Internet, laman web berita utama terkemuka di China.
30. Perjanjian Pertukaran dan Kerjasama Think Tank antara Agensi Berita Xinhua dan Pusat Kajian Strategik Serantau Malaysia (CROSS)
- Dipengerusikan oleh ahli parlimen Petaling, Lee Chean Chung, CROSS merupakan organisasi di Malaysia yang menjalankan penyelidikan dan menyediakan khidmat nasihat.
31. MoU antara Kumpulan Media China (CMG) dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China
- Lebih dikenali sebagai PPMC, Persatuan Persahabatan Malaysia-China ialah NGO yang diketuai oleh Datuk Abdul Majid Ahmad Khan, bekas duta ke China.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!