Ini ‘Guidelines’ Baru Dari MAS & AirAsia Yang Wajib Anda Baca Sebelum Terbang
Peraturan yang telah dikemas kini itu melibatkan peletakan nama ketika hendak menempah tiket penerbangan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia Airlines dan AirAsia telah mengemaskini sebuah peraturan penting untuk tempahan penerbangan bagi menyesuaikannya dengan format pasport Malaysia
Menerusi laporan BFM News, pengemaskinian peraturan ini melibatkan peletakan nama yang dilakukan bertujuan untuk menangani isu semasa daftar masuk, terutamanya bagi para individu yang mempunyai nama unik dalam pasport Malaysia.
Malaysia Airlines juga telah mengesahkan bahawa tempahan tiket sedia ada tidak akan terjejas oleh perubahan dan pembaharuan pertauran ini.
Malaysia Airlines menetapkan dengan jelas cara untuk mengisi ruangan 'First & Middle Name' dan 'Last Name/Surname'
Penumpang yang mempunyai 'bin', 'binti', atau 'anak' dalam nama mereka kini perlu mengisi maklumat tersebut di ruangan 'Last Name/Surname'.
Berikut adalah contoh cara nama perlu diletak:
Lihat panduan lengkap pengisian nama untuk tempahan tiket penerbangan Malaysia Airlines di sini.
Sementara itu, AirAsia telah menggunakan format 'Given Name' dan 'Family Name/Surname' bagi memudahkan pengurusan nama daripada pelbagai bangsa
Syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa langkah ini akan lebih memudahkan untuk menguruskan nama-nama dari pelbagai bangsa di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India serta nama rakyat dari negara lain seperti Filipina, Thai, dan Vietnam.
Lihat contoh di bawah:
Lihat panduan lengkap pengisian nama untuk tempahan tiket penerbangan AirAsia di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!