seismik

Ini Cara Daftar Untuk Dapatkan QR Code MySejahtera Terutamanya Bagi Majlis Kahwin & Tunang

Wajib ada ya kalau buat majlis.

Cover image via MySejahtera & Buzzkini

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wabak Covid-19 ternyata telah mengubah cara kehidupan kita semua

Semua perkara yang hendak dilakukan perlulah mengikut operasi standard yang telah ditetapkan. Hal ini adalah demi mengelak daripada berlaku jangkitan wabak berkenaan dari terus merebak.

Banyak perkara yang perlu kita biasakan. Antaranya wajib memakai pelitup muka setiap kali keluar, jaga penjarakan sosial dan imbas kod MySejahtera sebelum memasuki mana-mana premis.

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana nak daftar kod QR dalam MySejahtera bukan? Bukan apa, sebab musim sekarang ramai yang buat majlis dan mereka perlu menyediakan kod QR untuk tetamu imbas sebelum masuk ke dalam premis.

Jadi, jom kita lihat cara di bawah ini yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

1. Klik link MySejahtera

Image via MySejahtera

Perkara pertama adalah anda mencari link yang betul untuk didaftarkan. Klik di sini untuk melihat link tersebut.

2. Masukkan nombor telefon

Langkah seterusnya adalah ia akan meminta anda untuk memasukkan nombor telefon, kemudian klik verify (i'm not robot) dan register.

3. Masukkan nombor OTP

Selepas saja anda mendaftarkan nombor telefon, anda akan mendapat nombor OTP untuk pengesahan melalui SMS. Masukkannya dan tekan submit.

4. Isikan maklumat

Anda kemudian dikehendaki mengisi nombor telefon, butiran majlis atau nama kedai beserta nombor telefon, alamat majlis atau kedai, poskod dan negeri. Selepas itu tekan submit.

5. Cetak dan siap

Siap! Anda kini boleh terus mencetak dan letakkan pada majlis dan kedai anda. Pastikan tetamu atau pelanggan imbas dulu sebelum masuk okay!

6. Hantar pada email

Selain daripada itu, anda juga boleh memilih untuk hantarkan kod QR itu kepada email.

Lepas ini tiada alasan cakap tak tahu nak buat ya ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: