seismik

Ini Antara Empat Resepi Mi Segera Samyang Yang Sangat Mudah & Unik. Jom Cuba!

Khas buat penggemar Samyang!

Cover image via Honest Food Talks & Pulse

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Samyang Hot Chicken Stir-fried Noodle merupakan mi segera bestseller dari negara Korea

Selain perisa pedas original, ia juga mempunyai pelbagai perisa lain seperti Curry, Cheese, Black Bean dan macam-macam lagi. Rasanya yang manis-manis pedas ini memang menjadi kegemaran ramai tidak kiralah golongan tua atau muda.

Jika anda sudah bosan menikmati mi segera Samyang menggunakan resepi biasa, jangan risau di sini kami senaraikan empat resepi mi segera Samyang yang unik dan sedap. 

1. Samyang + Susu

Resepi Samyang + Susu ini memang sangat sesuai buat mereka yang tidak tahan pedas. Anda hanya memerlukan mi segera Samyang perisa Cheese, susu dan juga kepingan keju. Cara nak membuatnya juga sangat simple

Lihat resepi penuh di bawah:

2. Samyang + Super Ring

Image via Recipe Yum

Super Ring merupakan jajan popular semasa zaman kanak-kanak kita. Apalah agaknya rasa gabungan Super Ring dengan mi segera Samyang ini ya? Rasanya pedas-pedas berlemak. Memang sangat sedap guys!

Lihat resepi penuh di bawah:

3. Samyang Rolls

Image via Lipstiq

Resepi Samyang Rolls ini sama sahaja dengan cara nak membuat Vietnamese Spring Rolls. Rasanya pedas, chewy dan juga ada sedikit crunchy sayuran. Memang boleh buat ketagih. Jika anda tidak gemarkan sayur, boleh sahaja gantikan dengan crab stick dan sosej. 

Lihat resepi penuh di bawah:

4. Samyang + Indo Mie

Image via Facebook

Gabungan Samyang dan juga Indo Mie merupakan antara resepi viral yang menjadi kegemaran ramai. Jika tiada Indo Mie, anda boleh menggantikannya dengan Mi Sedaap. Penambahan bahan lain seperti sayur, telur mata dan juga sosej adalah mengikut citarasa masing-masing. 

Lihat resepi penuh di bawah: 

Memang terliur betul tengok semua resepi mi segera Samyang ini. Tunggu apa lagi, jom cuba guys!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: