seismik

Ini Antara Aplikasi Untuk Tempah Hotel & Penginapan Wajib Ada Dalam Telefon Pintar Anda

Lebih senang guna apps ini.

Cover image via Agoda.com & Travel Starup news

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, sekarang sektor pelancongan sudah mula beroperasi seperti biasa dengan mengikut operasi standard (SOP) yang ditetapkan

Dalam pada kita semua sibuk bercuti, jangan pernah leka dengan kebersihan dan keselamatan diri semasa berada di luar kerana kita masih belum menang melawan Covid-19.

Pun begitu, jika dilihat sekarang hotel-hotel sudah mula penuh ditempah ramai. Malah, ada yang sanggup menempah berbulan awal bagi mengelak tempat penginapan penuh.

Sebenarnya ada banyak aplikasi tempahan penginapan yang anda boleh guna untuk menempah tempat kegemaran anda. Jom kami kongsikan antara aplikasi yang wajib anda download.

1. Booking.com

Image via CNBC

Booking.com adalah antara aplikasi tempahan penginapan popular yang menjadi pilihan ramai. Ia kerana kadangkala anda boleh mendapatkan harga lebih murah berbanding di website penginapan itu sendiri. Proses tempahannya juga sangat cepat.

2. Agoda

Image via The Star

Agoda adalah agensi pelancongan yang berasal dari Singapura. Mereka menawarkan enjin carian untuk hotel, sewa percutian, penerbangan dan pemindahan lapangan terbang. Mereka juga menawarkan pelbagai tempahan penginapan.

3. Trip.com

Image via Retail in Asia

Trip.com adalah agensi pelancongan dalam talian antarabangsa. Ia dimiliki oleh Trip.com Group iaitu salah satu agensi pelancongan dalam talian terbesar di dunia dengan lebih 400 juta pengguna. Anda juga boleh menempah hotel dengan harga yang berpatutan di sini.

4. Traveloka

Image via Pymnts

Traveloka ialah syarikat yang berasal dari Indonesia dengan menyediakan perkhidmatan tiket penerbangan dan tempahan hotel dalam talian. Mereka juga sudah mula memperkenalkan produk baru dengan perkhidmatan gaya hidup, seperti tiket tarikan, aktiviti, penyewaan kereta dan baucar restoran.

5. Hotels.com

Hotels.com adalah aplikasi menempah bilik hotel dalam talian dan melalui telefon. Syarikat itu mempunyai 85 laman web dalam 34 bahasa dan menyenaraikan lebih 325,000 hotel di lebih kurang 19,000 lokasi. Inventorinya termasuk hotel serta beberapa kondo dan jenis penginapan komersial yang lain.

6. OYO

Image via Skift

OYO berkonsep rangkaian hotel-hotel dengan bajet dan harga yang murah. Kebiasaannya ia boleh dilihat berada di kawasan bandar. Anda akan mendapat pelbagai disakaun dan ganjaran jika anda menggunakan aplikasi ini.

7. Expedia

Image via Labs News

Expedia menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya adalah sudah semestinya tempahan hotel dan juga perkhidmatan tiket penerbangan. Harga di aplikasi juga jauh lebih murah daripada di tempat lain. Jadi, apa tunggu lagi? Tempah sekarang!

8. Klook

Image via Klook

Jika anda mencari tawaran yang menarik seperti percutian atau aktiviti, Klook adalah jawapannya. Aplikasi ini akan membantu anda untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan aktiviti dengan harga yang sangat berpatutan. Memang wajib kena download dalam telefon pintar anda!

Korang yang suka travel tu wajib ada salah satu aplikasi ni okay. Jimat sangat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: