seismik

Ini Antara Aktiviti Rakyat Malaysia Yang Boleh 'Relate' Setiap Kali Sambut Hari Kebangsaan

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-64!

Cover image via The Edge Markets & Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh McDonald's Malaysia.

Setiap kali tibanya bulan kebangsaan, pelbagai ragam orang dapat dilihat dalam menzahirkan semangat patriotik kepada negara

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Pastinya dalam kalangan kita juga sejak kecil lagi sudah dipupuk semangat patriotik dalam diri masing-masing untuk cintakan negara.

Oleh itu, pelbagai aktiviti mengenai bulan kebangsaan sudah tentu kita pernah lalui bersama-sama sejak di bangku sekolah lagi hinggalah dewasa.
 
Jom kami kongsikan di bawah beberapa aktiviti yang kebiasaannya kita pernah buat dan boleh relate setiap kali sambut hari kebangsaan.

Menghias rumah dengan bendera Jalur Gemilang

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Mak dan ayah kita mesti pernah belikan bendera Malaysia untuk kita dulu sebab nak sama-sama hiasi rumah dengan Jalur Gemilang.

Setiap kali masuknya bulan Ogos, dah macam satu bulan yang istimewa. Walaupun masa dulu payah nak dapatkan bendera tapi ayah kita tetap usahakan untuk beli.

Memang meriahlah waktu ini, bila kita ingat balik kenangan nak pasang bendera Malaysia ini dekat pintu dan pagar rumah dulu.

Menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Sudah pasti, menyaksikan perbarisan di Dataran Merdeka merupakan antara aktiviti menarik yang paling kita nantikan setiap kali ketika Hari Kebangsaan.

Pada hari ini, pelbagai pasukan beruniform serta badan kerajaan akan menyertai perarakan yang penuh gilang-gemilang.

Pasti anda pun teruja dapat dapat menyertai rakyat Malaysia yang lain dan menyaksikan aktiviti tahunan kemegahan negara kita ini bersama-sama.

Tonton filem patriotik seperti Bukit Kepong, Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan

Filem Bukit Kepong turut dibintangi oleh pelakon Jins Shamsuddin.

Image via Netflix

Setiap kali masuknya bulan kebangsaan, pastinya banyak cerita bersejarah dan filem patriotik yang ditayangkan di televisyen.

Ayah kita mesti akan mengajak kita tonton bersama keluarga dan ceritakan bagaimana terjadinya peristiwa dalam filem berkenaan.

Filem patriotik yang tak dapat kita lupakan sehingga sekarang sudah tentunya Bukit Kepong, Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan. Kita pun tekun je mendengar cerita ayah tentang sejarah negara kita.

Inilah sebahagian daripada keunikan aktiviti yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia dulu. Maka, tidak hairanlah ramai yang akan tersenyum sendiri bila terkenangkan kembali kenangan dan nostalgia setiap kali sambut Hari Kebangsaan ini. 

Justeru itu, McDonald’s buat julung kalinya menganjurkan Karnival Pandu-Lalu McDonald’s Malaysia untuk meraikan keunikan kita bersama sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Melalui karnival ini, anda boleh menang pelbagai hadiah menarik dan create memori istimewa bersama yang tersayang sempena Hari Kebangsaan.

Karnival Pandu-Lalu McDonald’s Malaysia raikan Hari Kebangsaan!

Bersempena dengan Hari Kebangsaan yang bakal tiba nanti, anda berpeluang untuk sertai Karnival Pandu-Lalu McDonald’s Malaysia. Ada pelbagai promosi yang berlangsung dan paling penting semua transaksi hanya dilakukan melalui pandu lalu sahaja. Jadi ia selamat sebab tiada sentuhan. Berikut ialah promosi yang bakal berlangsung tidak lama lagi:

1. Pemberian 20 ribu gift card untuk rakyat Malaysia!

Bersempena dengan bulan kemerdekaan dan Hari Kebangsaan yang bakal tiba ini, McDonald’s akan buat giveaway 20 ribu gift card kepada semua rakyat Malaysia. 

Mudah saja nak dapatkan gift card ini, anda cuma perlu tunggu pengumuman dua angka terpilih di media sosial McDonald’s pada tarikh 27 hingga 30 Ogos ini dan jika kedua-dua angka ini terdapat pada plat kereta anda serta mengikut urutan yang betul, anda boleh menebus hadiah anda melalui Pandu-Lalu McDonald’s dengan melaungkan kalimat MERDEKA ketika membeli makanan!

Jangan lupa juga share moment ini di media sosial anda untuk dijadikan kenangan di samping menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan serta sebagai tanda sokongan kepada negara kita dan McDonald’s.

2. Pemberian 60 ribu McChicken Burger kepada kereta dengan Jalur Gemilang!

Bukan itu sahaja, pada tarikh keramat 31 Ogos ini, McDonald’s akan edarkan 60 ribu McChicken Burger kepada pelanggan yang pasang Jalur Gemilang pada kenderaan mereka.

Tak kisahlah anda nak letak dekat atas bumbung ke, dekat bonet depan atau bonet belakang ke, yang penting ada Jalur Gemilang. Jangan lupa untuk laungkan kalimat MERDEKA sebanyak 3 kali ketika membeli makanan bagi membolehkan McChicken Burger menjadi milik anda.

Walau bagaimanapun, untuk bersikap adil kepada semua pelanggan McDonald’s, tawaran ini terhad kepada 300 pelanggan pertama untuk setiap cawangan. Jadi, siapa cepat dia dapat!

Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, McDonald’s berbesar hati menerima kepercayaan sebagai jenama Pandu-Lalu mudah akses dan paling dipercayai buat masa ini.

"Sempena bulan kemerdekaan melalui jiwa Mekdi kami mahu meraikan sambutan Hari Kebangsaan diseluruh negara dengan memacu semangat dan kegembiraan sambil memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa dari kenderaan pelanggan.

Memandangkan pilihan ini terus mendapat permintaan daripada para pelanggan, terdapat pertumbuhan yang kukuh dari tahun ke tahun bagi segmen ini, sejak pembukaan restoran Pandu-Lalu kami yang pertama di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada tahun 1988. 

Sebagai restoran khidmat segera nombor satu dengan jumlah restoran Pandu-Lalu terbesar di negara ini, McDonald’s Malaysia berharap dapat berinteraksi dan sama-sama meraikan sambutan Kemerdekaan pada bulan ini dengan seluruh rakyat Malaysia,” tambah Azmir.

Oleh itu, pastikan pada Hari Kebangsaan nanti, anda terus ke McDonald’s dan nikmati semua promosi eksklusif ini okay. Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi di atas? Jangan lupa follow media sosial McDonald’s Malaysia di bawah:

Website: McDonald’s Malaysia

Facebook:  McDonald’s Malaysia

Instagram: @mcdonaldsmalaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik