seismik

Ini 7 Cara Mudah Untuk Pastikan Minyak Wangi Yang Dibeli Selamat Digunakan. Take Note!

Barulah tak was-was bila pakai.

Cover image via Healthline & Brides.com

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Wipro Unza.

Minyak wangi dah lama menjadi aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar

Sebenarnya minyak wangi boleh membantu kita menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Confident gitu!

Banyak minyak wangi yang terdapat di pasaran sekarang. Sebelum beli, anda perlu pastikan minyak wangi itu selamat dipakai untuk memastikan kesihatan anda terjaga. Macam mana nak tahu minyak wangi tu betul-betul selamat dipakai? Meh kami ajar.

1. Beli minyak wangi berjenama

Bukan main-main tau. Anda memang kena beli minyak wangi berjenama kalau nak lebih yakin. Minyak wangi berjenama semestinya mengikuti peraturan ketat daripada pembuatan sehingga lah pembungkusan. Confirm lebih selamat.

2. Beli dari kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan SAHAJA

Biasa anda beli minyak wangi kat mana? Pada kami, baik anda beli dari kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan saja. Jangan pandai-pandai beli di kedai atau penjual yang anda tak tahu dari mana asal-usulnya. Takut minyak wangi itu tidak selamat.

3. Hati-hati kalau harganya terlalu rendah, entah-entah palsu!

Image via xtra.com

Nampak harga murah saja, mesti nak beli. Biasa la tu. Bab ini kalau anda nak gunakan pada minyak wangi, kena hati-hati sikit. Lagi-lagi kalau minyak wangi itu murah sangat. Sounds fishy. Mana la tahu minyak wangi tu palsu. Bahaya kot.

4. Mintak resit asal untuk minyak wangi yang anda beli

Image via GIPHY

Setiap minyak wangi yang dibeli, jangan lupa tanya pasal resit dulu. Resit ini penting untuk pastikan anda boleh claim kalau jadi apa-apa. Kena pastikan resit yang asli ya. Kalau kedai atau penjual itu tidak boleh sediakan resit, bye bye je lah kat dia.

5. Check ada tak logo seperti HALAL, ISO atau sebarang pensijilan lain yang boleh dipercayai

Paling penting, anda kena check logo seperti HALAL, ISO atau sijil yang dipercayai pada minyak wangi tu. Senarai bahan yang digunakan dalam minyak wangi itu pun kena check. Kalau label pada minyak wangi tu pun nampak ragu-ragu, lagi elok tidak perlu beli.

6. Hubungi NPRA kalau anda mempunyai sebarang keraguan

Image via istockphoto.com

Masih ragu-ragu dengan minyak wangi itu? Tidak mengapa. Anda boleh hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Check sama ada minyak wangi yang a da nak beli tu ada dalam senarai produk yang berdaftar di NPRA atau tidak. Kalau ada, memang selamat.

7. Lebih selamat kalau minyak wangi tu ada Perfume Safety Seal!

Image via OHBULAN!

Nak lebih selamat dan yakin, kami syorkan anda gunakan minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur. Minyak wangi ini semuanya popular di Malaysia sekarang. Kalau dah cuba satu, mesti akan repeat punya.

Image via Romano

Penting untuk beli produk yang betul-betul sahih kan? Haa.. Bahan-bahan dalam minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur sudah mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat tau.

Sebab itu lah, mereka perkenalkan Perfume Safety Seal yang ada pada minyak wangi mereka. Haa.. Sekarang anda mesti dah tertanya-tanya, apa fungsi Perfume Safety Seal ni sebenarnya?

Image via OHBULAN!

Perfume Safety Seal membantu untuk membuktikan semua bahan yang digunakan telah dinilai selamat tanpa kesan sampingan yang berbahaya kepada kesihatan anda. Paling best, anda boleh check sama ada produk yang korang beli tu sahih atau tak dengan hanya mengimbas kod QR yang ada.

Senang cerita, memang mudah anda nak kenal minyak wangi tu betul-betul selamat dipakai kalau ada Perfume Safety Seal ni. Berguna betul!

Memang berterima kasih sangat pada minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur yang telah disahkan dengan selamat dengan Perfume Safety Seal. Minyak wangi ini merupakan minyak wangi pertama yang digunakan cara macam ini untuk mudahkan pengguna. Tabik spring la!

Tengok la, betapa pentingnya Perfume Safety Seal ni. Lepas ni boleh la anda pakai minyak wangi yang betul-betul selamat dipakai. Memang bagus.

Jangan lupa kongsikan perkara ni dengan keluarga dan kawan-kawan anda juga tau. Anda kena ajar mereka cara ni supaya mereka pakai minyak wangi yang betul-betul selamat.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh terus ke laman web ni: https://perfumesafety.com.my

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik