seismik

Ini 6 Sumbangan Pak Lah Yang Akan Dikenang & Sentiasa Diingati Rakyat Malaysia

Banyak jasa Allahyarham sepanjang di bawah pentadbiran beliau.

Cover image via Bernama & Wikipedia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia dikejutkan dengan kehilangan besar bekas Perdana Menteri Kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini

Tun Abdullah Ahmad Badawi atau sinonim dengan panggilan Pak Lah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam, Isnin 14 April 2025 di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Allahyarham telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan beliau.

Sepanjang pentadbiran beliau, beliau telah mencatatkan beberapa pencapaian penting buat beliau dan Malaysia. Berikut adalah antara kejayaan utama beliau.

Image via Berita Harian

1. Kemenangan besar dalam pilihan raya

Pilihan Raya Umum 2004 merupakan pilihan raya pertama beliau sebagai Perdana Menteri. Pada masa itu, Barisan Nasional menang 198 daripada 220 kerusi Parlimen.

Kemenangan ini ternyata dianggap sebagai besar terhadap kepimpinan beliau dan dasar-dasar yang diperkenalkan. Ia termasuk Islam Hadhari, yang menekankan keserasian Islam dengan pembangunan ekonomi dan teknologi.

2. Pembangunan Ekonomi

Pak Lah telah melancarkan lima Koridor Ekonomi Malaysia iaitu:

  1. Iskandar Malaysia 
  2. Wilayah Ekonomi Utara 
  3. Wilayah Ekonomi Pantai Timur 
  4. Koridor Pembangunan Sabah 
  5. Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)

Difahamkan, koridor-koridor ini adalah bertujuan sebagai merangsang pembangunan wilayah dan meningkatkan daya saing ekonomi negara. 

Disamping itu, beliau juga memberi tumpuan kepada sektor pertanian untuk mengurangkan jurang pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar.

3. Memerangi rasuah

Bukan itu sahaja, Pak Lah juga telah memperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) untuk menangani isu rasuah dalam sektor awam dan swasta.

Langkah ini sekali gus bertujuan untuk memperkukuhkan usaha kerajaan dalam memastikan ketelusan dan integriti.

4. Bapa pembangunan modal insan

Beliau adalah figura penting yang banyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan di negara ini sehingga dinobat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Pak Lah amat menekankan bahawasanya setiap insan perlu dilengkapi nilai-nilai positif seperti berilmu, mempunyai nilai murni, moral dan disiplin, bagi melengkapi proses pembangunan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Malah, beliau telah menggariskan lima teras di bawah pentadbirannya iaitu Misi Nasional, Pelan Integriti Nasional, Pembangunan Koridor Ekonomi, Pembangunan Modal Insan serta konsep Islam Hadhari.

5. Peneraju industri halal global

Selain itu, visi Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadikan industri halal sebagai sumber ekonomi negara berjaya meletakkan Malaysia sebagai peneraju industri halal global masa kini.

Allahyarham adalah tokoh penting yang mencadang dan mencetuskan idea penubuhan Halal Development Corporation (HDC) pada tahun 2006 serta memainkan peranan signifikan dalam memajukan industri halal di Malaysia.

Dengan penubuhan HDC ketika Forum Halal Sedunia pada 2006, ia sudah mewujudkan satu platform khas bagi membolehkan negara muncul sebagai peneraju industri halal dalam landskap global, bersandarkan kekuatan Malaysia, terutama dalam pensijilan halal.

6. Berjaya naikkan gaji penjawat awam

Beliau mempunyai jasa dan pencapaian besar dalam perkhidmatan awam apabila telah berjaya menaikkan gaji penjawat awam.

Malah, lanjutan umur persaraan wajib dan pelaksanaan kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP) menerajui pentadbiran negara.

Jasa beliau dalam aspek kenaikan gaji penjawat awam, lebih sejuta penjawat awam menerima peningkatan gaji sehingga 35 peratus, berkuat kuasa 1 Julai 2007.

Terima kasih atas segalanya Pak Lah! Selamat berehat di negeri abadi :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: