Ini 6 Servis Kesihatan Kerajaan Yang Ramai Tak Tahu Boleh Dapat Percuma
Simpan rekod kesihatan anda dalam MySejahtera untuk rujukan mudah dan cepat semasa lawatan ke fasiliti kesihatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai rakyat Malaysia tak sedar bahawa sistem kesihatan awam kita sebenarnya sangat menyeluruh — malah kebanyakan perkhidmatan asas disediakan secara PERCUMA atau pada kos yang sangat minima
Dengan kos sara hidup yang makin meningkat, ramai cenderung pilih rawatan swasta — walhal kerajaan sebenarnya menyediakan pelbagai rawatan berkualiti tanpa perlu keluarkan duit banyak.
Dari ubat demam hinggalah rawatan mental dan bersalin, ini antara servis kesihatan percuma yang anda berhak dapat sebagai rakyat Malaysia:
1. Rawatan pesakit luar & dalam bermula serendah RM1
Klinik dan hospital kerajaan tetap jadi tempat terbaik untuk rawatan murah dan berkualiti.
Antara kelebihan paling ketara:
Hanya RM1 untuk rundingan dan ubat asas di Klinik Kesihatan
Tak perlu buat temu janji, hanya datang terus
Servis kecemasan seperti ambulans, rawatan triage dan pembedahan menyelamat nyawa adalah percuma
Penginapan di hospital kerajaan:
RM3/sehari untuk wad biasa
Wad kelas pertama serendah RM5/sehari (jika layak), walaupun harga asal antara RM60–RM90
Percuma untuk:
Kanak-kanak bawah 12 tahun
Warga emas 60 tahun ke atas
Pemegang kad OKU
Penjawat awam & pesara
Pelajar sekolah kerajaan
2. Penjagaan ibu & anak yang sangat lengkap dan hampir percuma
Dari mengandung sampai lepas bersalin, semuanya tersedia di fasiliti kerajaan.
Untuk ibu mengandung:
Pemeriksaan antenatal percuma termasuk ujian air kencing, tekanan darah, imbasan, nasihat nutrisi
Bersalin di hospital awam serendah RM10 untuk kelahiran biasa
Lawatan lepas bersalin ke rumah, pemeriksaan luka, sokongan penyusuan dan kaunseling perancang keluarga
Untuk anak-anak:
Vaksin percuma bawah Program Imunisasi Kebangsaan (BCG, MMR, DTaP, Hep B)
Pemeriksaan tumbesaran dan perkembangan di Klinik Kesihatan
Saringan pemakanan dan nasihat nutrisi
3. Rawatan penyakit kronik dan ubat-ubatan diberi secara percuma
Anda tak perlu risau tentang kos ubat jika bergantung kepada sistem kerajaan.
Termasuk:
Ubat-ubatan untuk diabetes, tekanan darah tinggi, asma, jangkitan, sakit ringan
Suplemen asas seperti asid folik & zat besi
Ubat generik yang setanding dengan ubat jenama mahal
Pemeriksaan susulan berkala dan pemantauan
4. Saringan kesihatan & program sokongan khas untuk golongan B40
Langkah pencegahan percuma disediakan khas untuk bantu anda kekal sihat.
Melalui klinik kerajaan dan bergerak, anda boleh buat:
Pemeriksaan tekanan darah, kolesterol, gula dalam darah, BMI & risiko kanser secara percuma
PeKa B40 (untuk individu 40 tahun ke atas dalam kumpulan B40):
Saringan kesihatan percuma di klinik panel
Bantuan alat perubatan
Subsidi pengangkutan rawatan kanser luar negeri (sehingga RM500)
Insentif rawatan awal kanser
5. Sokongan kesihatan mental juga mudah diakses & berpatutan
Kesihatan mental tak perlu mahal — kerajaan sediakan saluran bantuan.
Perkhidmatan yang boleh anda dapatkan:
Saringan dan kaunseling di Klinik Kesihatan
Rundingan psikiatri dan ubat di hospital awam
Rujukan ke rawatan lanjut jika perlu
Klinik khusus untuk kebimbangan, kemurungan dan ketagihan
6. Servis pergigian percuma untuk pelajar & OKU, murah untuk dewasa
Rawatan gigi asas boleh didapati dengan harga mampu milik di Klinik Pergigian.
Termasuk:
Percuma untuk pelajar, pemegang kad OKU & penjawat awam
Dewasa: hanya RM2 – RM3 untuk pemeriksaan
Kos rendah untuk cuci karang gigi, tampalan & cabutan
Rawatan seperti pendakap gigi dan gigi palsu disubsidi, tapi mungkin ada masa tunggu