seismik

Ini 6 Sebab HONOR 90 Jadi Pilihan Utama Telefon Pintar Baharu Untuk 'Content Creators'

Suntingan video kreatif TikTok terbaik dapat dihasilkan menerusi HONOR 90.

Cover image via HONOR Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh HONOR Malaysia.

Umum sedia maklum, siri HONOR 90 telah pun dilancarkan baru-baru ini, ia juga mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan content creators

Sebagai contoh, aplikasi seperti TikTok dilihat menjadi platform utama untuk 'content creators' ini menghasilkan karya kreatif mereka.

Sebagai content creators sudah pasti telefon pintar yang mempunyai keupayaan mengambil gambar dan video berkualiti tinggi menjadi pilihan.

Untuk itu, HONOR memperkenalkan siri telefon pintar HONOR 90 mereka yang kini menjadi penanda aras baharu dalam fotografi pada harga mampu milik bagi memenuhi keperluan pengguna yang baru berjinak dalam dunia content creators.

Ini antara 6 sebab kenapa HONOR 90 menjadi pilihan utama telefon pintar baharu untuk 'content creators'

1. Dilengkapi kamera 200-megapixel Super Sensing

Image via HONOR Malaysia

Untuk menghasilkan sesebuah imej, sudah pastinya kualiti gambar yang terbaik antara yang didambakan pengguna. Perkara ini dilihat tidak menjadi masalah buat HONOR 90 yang hadir sensor kamera sehingga 200-megapixel.

Didatangkan dengan 200-megapixel Super Sensing Camera, model ini berpeluang mendapatkan gambar terbaik meskipun pada keadaan cahaya malap.

Bukan itu sahaja, visual yang diambil pada waktu malap turut menerima pencahayaan ideal yang sekaligus bakal membangkitkan visual sesebuah gambar.

Berikut merupakan antara gambar menarik yang diambil menggunakan HONOR 90:

Image via HONOR Malaysia
Image via HONOR Malaysia

2. 50-megapixel Super Clear Front Camera

Image via HONOR Malaysia

Tidak kurang pentingnya seperti mana kamera pada bahagian belakang, HONOR 90 turut hadir dengan sensor besar pada bahagian hadapan dengan penawaran sensor 50-megapixel.

Bukan itu sahaja, para pengguna turut berpeluang membuat rakaman dengan resolusi 4K tanpa mengira tempat dan masa.

Sudah pasti tiada lagi isu video kabur sebelum memuat naik di media sosial. Penawaran lensa ultra lebar membolehkan lebih ramai individu dapat selfie bersama dalam sebuah gambar.

3. Sokongan rakaman video secara serentak

Jika anda pernah mengalami situasi di mana anda dalam dilema sama ada untuk merakam detik berharga menggunakan kamera hadapan atau belakang.

Perkara ini dilihat tidak lagi berulang menerusi HONOR 90 di mana model ini sedia menyokong ciri rakaman serentak. Bukan itu sahaja, model ini sedia menawarkan enam mod rakaman buat para pengguna.

4. RAM 12GB dan ruang storan sehingga 512GB

Image via HONOR Malaysia

Khusus buat para content creators, anda pastinya tidak perlu lagi risau soal telefon pintar anda mudah lag atau ruang storan penuh.

Hadir dengan varian 12GB RAM dan 512GB ruang storan, para pengguna berpeluang menyimpan gambar dan video tanpa perlu risau tentang ruang storan.

Turut dibantu bersama ada processor Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 yang sekaligus bakal membantu model ini bebas daripada masalah lag lebih-lebih lagi sewaktu membuat suntingan video.

5. Dilengkapi bateri berkapasiti sehingga 5,000mAh

Image via HONOR Malaysia

Dengan berat 183g dan ketebalan hanya 7.8mm, peranti ini mempunyai paparan empat lengkung serta cengkaman tangan yang baik yang mana anda tidak akan terasa berat di tangan.

Walaupun nipis dan ringan, HONOR 90 masih menampilkan bateri besar 5000mAh menangkis kebimbangan pengguna tentang bateri walaupun anda mencipta kandungan sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan 66W HONOR SuperCharge yang mana ia mampu mengecas kepada 45 peratus dalam masa 15 minit.

6. Membantu mengelakkan mata pengguna mudah letih

Image via HONOR Malaysia

Menariknya, peranti ini hadir dengan teknologi skrin paparan perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko yang pertama di dunia.

Dengan pemalapan PWM frekuensi ultra tinggi 3840Hz yang diperakui bebas Flicker TÜV Rheinland, ia dapat membantu pengguna melegakan keletihan dan ketegangan mata serta penglihatan kabur yang disebabkan oleh kelipan skrin.

Ini sekali gus memberikan keselesaan berpanjangan selepas lama menyunting video pada telefon kepada content creators.

Berbaloi untuk dimiliki jika anda ingin menjadi content creators yang berjaya

Peranti HONOR 90 boleh didapati pada harga mampu milik bermula RM1,799 sahaja untuk siri HONOR 90 5G varian 12+256GB dan RM2,099 untuk varian 12+512GB.

Manakala, peranti HONOR 90 Lite pula ditawarkan pada harga lebih berbaloi iaitu serendah RM1,099 sahaja.

Bukan itu sahaja, HONOR turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM647, termasuk HONOR Earbuds X5, jaminan lanjutan 1+1 tahun, dan perlindungan skrin selama 180 hari.

Image via HONOR Malaysia

Dengan spesifikasi yang hebat serta harga berpatutan, HONOR 90 berbaloi untuk dimiliki jika anda ingin menjadi content creators yang berjaya.

Bersempena dengan TikTok Awards yang bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi, HONOR secara rasminya dipilih sebagai rakan kerjasama dalam memilih Creator of The Year. 

Kunjungi kedai HONOR berdekatan anda dan scan kod QR untuk peluang menerima lima undian tambahan bermula dari 15 Ogos hingga 26 Ogos ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik