Ini 6 Lebuh Raya & 25 Jalan Utama Yang Akan Ditutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Penutupan jalan itu dijadualkan mulai Jumaat ini, 23 Mei, hingga Rabu depan, 28 Mei.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung minggu ini
Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu penutupan dan lencongan jalan dilakukan secara berjadual mengikut keperluan pergerakan delegasi dan tahap keselamatan.
Beliau berkata langkah itu membabitkan kawalan laluan dan pergerakan konvoi delegasi dari hotel penginapan ke lokasi mesyuarat serta tempat lawatan rasmi bermula 23 hingga 28 Mei.
Difahamkan, penutupan dan lencongan jalan akan bermula seawal jam 7.30 pagi dan dijangka berterusan secara berperingkat hingga 8 malam sepanjang tempoh persidangan.
"Tindakan penutupan laluan akan dilaksanakan 30 minit sebelum waktu pergerakan delegasi dan dibuka semula selepas semua kenderaan rasmi tiba ke lokasi ditetapkan.
"Antara lokasi yang yang diguna dalam pergerakan ialah laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ke pusat bandar, penginapan rasmi, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Istana Negara," katanya.
Berikut di bawah 6 lebuh raya dan 25 jalan utama yang ditutup dan dilencongkan:
6 lebuh raya yang ditutup:
- Maju Expressway (MEX)
- Duta–Ulu Klang Expressway (DUKE)
- Ampang–Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
- New Pantai Expressway (NPE)
- Shah Alam Expressway (KESAS)
- The SMART Tunnel
25 jalan utama yang dijangka akan dilencongankan:
- Jalan Tun Razak
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Raja Chulan
- Jalan P Ramlee
- Jalan Kia Peng
- Jalan Pinang
- Jalan Conlay
- Jalan Stonor
- Jalan Perak
- Jalan Tun Ismail
- Jalan Kuching
- Jalan Sultan Salahuddin
- Jalan Damansara
- Jalan Mahameru
- Jalan Raja Laut
- Jalan Parlimen
- Jalan Travers
- Jalan Bangsar
- Jalan Maarof
- Jalan Syed Putra
- Jalan Istana
- Jalan Sungai Besi
- Jalan Loke Yew
Mohd Yusri menggesa orang ramai untuk mengelak kawasan tersebut dan merancang laluan alternatif lebih awal
"Kami menasihatkan orang ramai agar tidak melalui laluan yang yang diguna dengan penutupan dan lencongan, serta merancang perjalanan lebih awal.
"Gunakan laluan alternatif dan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel bagi mengelakkan kesesakan teruk di kawasan strategik ibu kota," katanya.
Menurutnya, JSPT turut bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Kementerian Kerja Raya (KKR) serta konsesi lebuh raya lain dalam pelaksanaan kawalan laluan.
Mohd Yusri bergambar bersama pegawai dan anggota JSPT selepas Majlis Amanat Pengarah JSPT Bukit Aman kepada petugas bantuan sumber manusia sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pulapol, Kuala Lumpur.
Image via Berita HarianLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!