seismik

Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton 'Seindah Kasih The Movie' Mulai 12 April Ini

Rugi kalau tak tonton!

Cover image via OHBULAN! (YouTube)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terdapat banyak tanggapan yang kehidupan sebagai pengamal media ini penuh dengan glamor namun, perkara ini bukanlah realiti sebenar

Filem Tonton original terbaharu, ‘Seindah Kasih,’ yang akan mula ditayangkan pada 12 April ini memaparkan cabaran yang perlu dihadapi oleh enam kaki tangan Media Prima daripada bahagian kerja yang berbeza.

Setiap daripada mereka berhadapan dengan cabaran yang tersendiri dan krisis hubungan antara keenam-enam watak yang ditampilkan ini ketara tatkala kesibukan bulan Ramadan melanda.

Nazmi (lakonan Syafiq Kyle), seorang wartawan akhbar, telah mengutarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Alia (lakonan Mimi Lana), pekerja bahagian Digital. Perbalahan antara mereka tercetus kerana Alia telah mengadaptasi laporan Nazmi ke laman TikTok tanpa memberinya kredit.

Di unit TV pula, Sharifah (lakonan Siti Saleha) menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit. Namun, dia amat bergantung kepada pembantunya, Nina (lakonan Shasha Abedul).

Lain pula ceritanya di konti radio. Jamal (lakonan Anas Ridzuan) merupakan seorang DJ radio yang telah menempa nama sebagai duo komedi bersama rakannya, Khairul (lakonan Luqman Hafidz). Khairul telah melebarkan sayapnya untuk menjadi pelakon filem. Namun, pergaduhan telah tercetus apabila mereka berdua mula bergaduh sewaktu bersiaran ke udara.

Cerita ini memang lain daripada yang lain. Rugi kalau tak tengok! Masih tak yakin dengan hujah ini? Berikut adalah 5 sebab utama mengapa anda wajib tonton ‘Seindah Kasih’!

Image via TV9 (Facebook)

1. Bukan cerita biasa-biasa!

Image via Tonton

Cerita filem ‘Seindah Kasih’ ni bukan cerita tipikal. Malah, ia sebenarnya memperlihat realiti kehidupan para pengamal media. Antara kerjaya yang diketengahkan adalah wartawan, DJ radio dan juga penerbit TV. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang kehidupan pengamal media, ini adalah filem untuk anda! 

Setiap daripada mereka berhadapan dengan cabaran yang tersendiri. Krisis juga telah bermula pada waktu kesibukan bulan Ramadan. Memang riuh!

2. Barisan pelakon berbakat

Image via Tonton

Filem ini dibarisi oleh pelakon yang berbakat! 

Syafiq Kyle membawa watak sebagai Nazmi, wartawan Berita Harian manakala Mimi Lana pula memainkan watak sebagai Alia, petugas digital. Siti Saleha adalah Sharifah, seorang penerbit TV. Shasha Abedul memainkan watak Nina, pembantu peribadi kepada Sharifah. Anas Ridzuan pula melakonkan watak Jamal, seorang DJ radio. Luqman Hafidz adalah Khairul, seorang pelakon ternama.

Pelakon veteran, Mubarak Majid turut menjayakan filem ini sebagai Meor, seorang datuk. Pelakon cilik, Faleeq Fareez memainkan watak cucunya yang bernama Rauf.


3. Arahan pengarah ternama

Image via Tonton

‘Seindah Kasih’ ini bukan calang-calang filem ya. Ia diarahkan oleh pengarah ternama iaitu Nik Amir Mustapha (‘Imaginur’) dan juga Ariff Zulkarnain (‘One Cent Thief’). Gabungan dua minda kreatif ini menghasilkan filem yang hebat!



4. Macam-macam ‘feel’!

Image via Tonton

‘Seindah Kasih’ adalah filem bergenre komedi romantik. Variasi elemen dalam filem ini membangkitkan pelbagai perasaan. Filem berdurasi 88 minit ini bukan sahaja akan membuatkan anda berasa geram, anda juga akan gelak dek jenaka yang kelakar! Bagi yang lebih sensitif, anda juga mungkin boleh menitiskan air mata apabila menonton ‘Seindah Kasih.’ 

Setiap watak yang diketengahkan berupaya menghidupkan emosi yang berbeza-beza sepanjang tayangan filem ini.

5. Hiburan seisi keluarga

Image via Tonton

Terdapat pelbagai nilai murni yang boleh dipelajari dalam filem ‘Seindah Kasih’ ini. Salah satu daripadanya adalah kepentingan berkomunikasi dengan baik di tempat kerja demi hubungan yang teguh. Ramai yang sering terlepas pandang tentang perkara ini. Namun, filem ini menunjukkan akibat yang terjadi sekiranya komunikasi diambil enteng. 

Pengajaran ini juga boleh diguna pakai sesama ahli keluarga. Senang cerita, filem ini menjanjikan hiburan berkualiti untuk seisi keluarga!

Anda boleh saksikan ‘Seindah Kasih’ secara eksklusif di Tonton secara percuma bermula 12 April 2023

Muat turun aplikasi Tonton di Apple Store dan Google Play. Jika anda inginkan kandungan yang lebih eksklusif dan premium, langgani TontonUp untuk hanya RM9.90 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Tonton atau ikuti mereka di Instagram.

Dapatkah setiap watak menyelesaikan kemelut hubungan mereka?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: