Ini 5 Port Best Nak Tengok Bunga Api Meriah Tahun Baharu 2025 Nanti
Nak layan bunga api tahun baharu, mestilah view pun kena cantik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut tahun baharu 2025, sudah tentu anda ada plan untuk melihat bunga api dengan keluarga atau kawan-kawan bukan?
Dalam artikel kali ini, kami akan senaraikan lima port baik untuk anda tengok bunga api yang meriah dan cantik sebagai kenangan manis untuk permulaan tahun baharu.
Jangan lupa rakam video dan ambil gambar banyak-banyak tau!
1. The Exchange TRX, Kuala Lumpur
Pusat beli-belah berkonsepkan urban dan moden ini menjanjikan pertunjukan bunga api yang sangat meriah untuk anda nikmati pada malam tahun baharu nanti.
The Exchange TRX adalah hab sosial yang paling rancak di Kuala Lumpur selain KLCC. Apa kata tahun 2025 ini anda layan bunga api di sana pula?
2. Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur sememangnya bangunan ikonik Malaysia dan terkenal dengan suasana meriahnya setiap kali sambutan tahun baharu.
Percikan bunga api berwarna-warni di sekeliling Menara Kuala Lumpur dan KLCC menyerikan lagi pemandangan malam di ibu kota.
3. I-City Shah Alam
I-City merupakan salah satu tempat tarikan pelancong jika berkunjung ke Shah Alam, Selangor. Di sana, terdapat pelbagai port untuk anda lepak seisi keluarga.
Sambil layan lampu warna-warni, keseronokan lagi bertambah bila ada bunga api meriah di sekeliling I-City!
4. Dataran Merdeka
Seperti tahun-tahun sebelum, dataran ikonik ini menawarkan pemandangan bunga api yang menakjubkan dengan latar belakang bangunan bersejarah.
Untuk mengelakkan anda bersesak dengan orang ramai, lebih baik anda datang lebih awal supaya tidaklah berebut nanti.
5. Tasik Putrajaya
Jika anda pernah menaiki cruise di Tasik Putrajaya, sudah tentu anda tahu betapa cantiknya pemandangan waktu malam di sana bukan?
Apatah lagi jika dapat melihat pertunjukan bunga api di sana. Pastinya lebih meriah! Ditambah pula dengan view Masjid Besi dan Jambatan Seri Wawasan, memang ons!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!