seismik

Ini 15 Lokasi 'Glamping' Di Malaysia Untuk Para Pencinta Alam. Confirm Tak Menyesal!

Save sekarang, pergi kemudian.

Cover image via @jarichb (Instagram) & @zikri_53534 (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Glamping merupakan percutian buat para pencinta alam yang inginkan ketenangan dan udara segar

Image via GIPHY

Konsep glamping ini sebenarnya terdiri daripada dua kombinasi perkataan iaitu 'glamour' dan 'camping'. Aktiviti glamping ini seperti percutian berkonsepkan perkhemahan. Buat para penggemar alam dan pencinta alam sekitar, anda pasti excited nak glamping bukan?

Dapat menghirup udara yang segar tanpa diganggu dengan pencemaran udara dan bunyi di kota. Let's escape from the reality!

Ini 15 lokasi glamping yang hot di Malaysia:

1. Castra by Colony, Kuala Lumpur

Siapa kata di bandar tak boleh glamping? Boleh saja, jom create pengalaman dengan keluarga tersayang dengan glamping di tengah-tengah bandar ini. Anda juga boleh menyewa tempat ini untuk event keluarga. 

Alamat:
Level R, Star Boulevard KLCC, 1,
Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

2. Tadom Hill Resorts, Selangor

Sukakan aktiviti lasak dan aktiviti air? Tempat ini memang perfect untuk anda. Bawa kawan-kawan datang sini, the more the merrier, seronok!

Alamat:
No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli)
Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Dapatkan maklumat lanjut di sini

3. The Sticks Eco Resort, Selangor

Image via Seek Sophie
Image via Sophie
Image via Sophie

Bertemakan "Get lost, naturally" ini memang menarik perhatian para pencinta alam. Tempatnya yang mempunyai elemen tradisional dan moden ini menjadikan ia unik. 

Alamat:

Lot 213 Jalan KKB - Fraser's Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Dapatkan maklumat lanjut di sini

4. Dusun Bonda, Selangor

Dusun Bonda juga menawarkan pakej-pakej menarik. Anda boleh membuat campfire dan BBQ bersama keluarga di sana. Suasana yang tenang dan aman ini memang perfect untuk jadikan tempat family day!

Alamat:
Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney,
Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor

Dapatkan maklumat lanjut di sini

5. Sailor's Rest, Pahang

Rindu zaman camping masa sekolah dulu? Ini dia kalau nak tema glamping old school! Apa yang menarik, dekat sini ada boathouse untuk sesiapa yang nak raikan honeymoon di sini.

Alamat:
Lorong Dato' Panglima, Kuala Lurah,
Kampung Janda Baik, 28750 Pahang

Dapatkan maklumat lanjut di sini

6. Tanah Aina Fahad, Pahang

Khemah yang cukup selesa ini menjadikan pengalaman glamping anda lebih menarik. Bayangkan baring atas tilam empuk sambil dengan bunyi air sungai yang mengalir. Tenang!

Alamat:
Lot 1053, mukim, Ulu Dong,
27600 Dong, Pahang

Dapatkan maklumat lanjut di sini

7. Caravan Serai, Pahang

Nak feeling-feeling kampung dikelilingi kelapa sawit? Anda pasti jatuh cinta dengan tempat ini, sangat selesa!

Alamat:
Lot 3159 & Lot 3160,
12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang

Dapatkan maklumat di sini

8. Chengal Hill Retreat, Pahang

Struktur homestay yang unik ini sangat Instagrammable. Suasana dan persekitaran yang tenang menarik tumpuan netizen. Boleh mandi sungai juga di sini.

Alamat:
Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia,
Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang 

Dapatkan maklumat lanjut di sini

9. Tiarasa Escape, Pahang

Nikmati glamping yang mewah dan indah di Tiarasa Escape. Dengan memerlukan hanya 45 minit perjalanan dalam kereta dari bandar Kuala Lumpur, sumpah worth it! Tidur di dalam khemah yang berkonsepkan Safari sambil star-gazing pada waktu malam. Perfect trip ever.

Alamat:
Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik,
28750 Bentong, Pahang

Dapatkan maklumat lanjut di sini

10. Canopy Villa Glamping Park, Pahang

Nak BBQ, memanah, cycling kat sini pun tak ada masalah. Sambut birthday di sini pun best! Vibes berkhemah seperti di luar negara.

Alamat:
Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Dapatkan maklumat lanjut di sini

11. A'moss Farmstay, Pahang

Tempat ini terletak di Cameron Highlands, Pahang. Bayangkan glamping di tempat yang sejuk, syoknya. Apa yang menarik, khemahnya yang sangat unik berbentuk bulat dan transparent di bahagian depan. Tunggu apa lagi, sesuai bergambar dan do it for the gram!

Alamat:
Moss Road, Kampung Gerak Sepadu,
39000, 39000 Brinchang, Pahang

Dapatkan maklumat lanjut di sini

12. Sea Horizon Resort, Johor

Kalau tadi glamping di tempat sejuk, ini pula glamping dengan pemandangan laut. Menarik bukan? Bangun-bangun boleh nikmati pemandangan laut. So calm!

Alamat:
Lot 901, Kuala Sedili Besar,
81900 Kota Tinggi, Johor

Dapatkan maklumat lanjut di sini

13. Boulder Valley, Penang

Glamping di sini menggabungkan konsep alam sekitar dan moden yang mewah. Boleh ajak family piknik di sini. Ada spesial promo untuk sesiapa yang pergi berkumpulan!

Alamat:
8, Jalan Teluk Bahang,
Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang

Dapatkan maklumat lanjut di sini

14. Tambun Lost World, Perak

Anda bukan saja boleh glamping di sini, malah anda juga berpeluang untuk menghabiskan masa anda dengan keluarga tersayang di taman tema air Lost World of Tambun.

Alamat:
1, Persiaran Lagun Sunway,
Sunway City, 31150 Ipoh, Perak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

15. Gopeng Glamping Park, Perak

Gopeng Glamping Park bukan saja menawarkan khemah yang estetik, pakej makanan yang sedap-sedap juga disediakan. Apa yang menarik, anda boleh melakukan aktiviti lasak dan ekstrem bersama rakan-rakan!

Alamat:
LOT 10846, Jln Besar,
Kampung chulek, 31600 Gopeng, Perak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

Jangan lupa save dulu, nanti boleh rujuk bila dah boleh travel! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Baca lagi isu terkini di SAYS Seismik:

You may be interested in: