Ini 10 Doktor Paling 'Kacak' Yang Ada Di Malaysia - "Handsome With Brains"
Personaliti, kekacakan dan karisma mereka menarik perhatian warganet di media sosial.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, ketampanan dan aura seseorang itu sangat subjektif, bagaimanapun kerjaya menjadi doktor 'kacak' di Malaysia mampu memikat hati para pesakit dengan personaliti, kekacakan dan karisma mereka di media sosial
Dengan wajah persis model dan tubuh badan yang tegap mereka menarik perhatian lensa media sosial sesiapa sahaja.
Oleh itu, kami senaraikan 10 doktor kacak di Malaysia yang korang boleh jadikan sebagai contoh dan mampu memberikan inspirasi untuk generasi muda masa kini.
1. Dr Muhammad Shazril Shaharuddin (Dr Say)
Dikenali sebagai Dr Say, doktor selebriti ini popular di media sosial dan pernah memenangi anugerah Gempak Most Wanted dalam kategori Digital Content Creator Lifestyle.
Dengan jumlah pengikut beliau di Instagram sebanyak 460 ribu lebih, beliau sering kali berkongsi ilmu di media sosial tentang tips keibubapaan.
Doktor yang berusia 37 tahun ini juga aktif di gimnasium dan sudahpun mempunyai 3 cahaya mata bersama isteri kesayangan beliau iaitu Dr Azura.
2. Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Siapa yang tak kenal dengan ikon negara dan juga satu satunya angkasawan negara kita iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Sebelum menjadi angkasawan, berbekalkan wajah tampan dan ketinggian beliau seperti model, Dr Sheikh aktif dalam bidang modelling suatu ketika dahulu.
Minat beliau terhadap buku menjadikan beliau seorang penulis buku yang berjaya dan antara karya terkenal beliau adalah The 49th Rule serta My Journey To Space.
Walaupun sudah menjangkau usia 52 tahun, bapa kepada 7 cahaya mata ini masih aktif dalam menjalankan aktiviti dan kem motivasi di seluruh Malaysia bagi memupuk dan memberikan inspirasi serta semangat kepada anak muda masa kini.
3. Dr Hafiz Zainal
Doktor gigi ini bukan sahaja pandai mencantikkan gigi anda tapi mempunyai suara yang merdu. Mempunyai dua karier iaitu sebagai seorang doktor gigi dan penyanyi, Dr Hafiz juga pernah menyertai beberapa pertandingan menyanyi realiti di stesen televisyen tempatan.
Doktor kacak yang berusia 33 tahun ini juga sudahpun mempunyai klinik pergigian beliau sendiri iaitu Toothsuite Dental. Nak gigi cantik macam Dr Hafiz boleh buat temu janji dengan dia sekarang.
4. Dr Mohd Izzar Anwari
Suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera ini aktif di media sosial dan sering berkongsi tentang ilmu ilmu perubatan serta isu semasa.
Ramai yang tertawa apabila melihat posting beliau yang mencuit hati. Bapa kepada dua orang cahaya mata ini juga aktif bermain bola keranjang untuk kekal aktif dan awet muda. Untung Ummi Nazeera dapat suami seorang doktor, kelakar pula tu.
5. Dr Muhd Munzir Shkori
Dr Munzir merupakan seorang doktor pakar darah di Hospital Ampang. Dengan wajah kacak dan penampilan yang segak di media sosial, bapa kepada dua orang anak ini mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang datang untuk berjumpa dengan beliau di hospital.
6. Dr Muhd Al Afiq
Mula mencuri tumpuan apabila wajah Dr Afiq muncul untuk iklan vaksin Covid-19 suatu ketika dahulu bersama dengan doktor selebriti yang lain.
Beliau juga sering kali dilihat menghiasi televisyen dan menjadi model pakaian komersial. Doktor yang berusia 32 tahun ini bekerja di jabatan kecemasan. Beliau juga aktif di gimnasium dan suka dengan aktiviti menunggang kuda.
7. Dr Eugene Lai
Beliau merupakan seorang doktor astetik dan juga pernah memenangi pertandingan bina badan sewaktu zaman belajar dahulu.
Dr Eugene mencuri tumpuan apabila memuat satu hantaran di media sosial beliau yang sedang solat. Ramai yang tak tahu beliau sudah pun menganut agama islam dan berkahwin dengan pilihan hatinya.
Baru sahaja menimang cahaya mata, doktor astetik ini juga gemarkan aktiviti-aktiviti lasak ketika masa lapang.
8. Dr Che Hafiz
Gaya dan personaliti Dr Che Hafiz ni mampu membuatkan sesiapa sahaja terpesona.
Dr Che Hafiz merupakan seorang doktor astetik dan juga suami kepada pelakon Julia Farhana. Doktor kelahiran Kelantan yang berusia 35 tahun ini mempunyai klinik kecantikan beliau sendiri.
Jadi kalau anda nak muka cantik dan kacak macam Dr Hafiz, bolehlah berjumpa dengan beliau.
9. Dr Edde Ramli
Doktor yang viral di laman Instagram ini mencuri tumpuan apabila selalu memuat naik video yang mencuit hati tatkala beliau bekerja bersama stafnya.
Kekacakan wajah dan tubuh badan beliau yang tegap sering menjadi tumpuan peminat peminat beliau di Instagram.
Dr Edde kini bekerja di salah sebuah klinik swasta di Subang Jaya dan telahpun mendirikan rumah tangga. Isteri beliau juga adalah seorang doktor astetik.
10. Dr Beni Isman Rusani
Beliau merupakan seorang doktor pakar jantung dan giat aktif di media sosial serta banyak berkongsi tentang isu kesihatan jantung.
Dengan jumlah pengikut di laman X seramai 370 ribu, Dr Beni menggunakan platform tersebut untuk menyedarkan masyarakat Malaysia tentang kesihatan jantung dan gaya hidup yang sihat.
Beliau kini berkhidmat di salah sebuah hospital swasta terkemuka di Selangor iaitu KPJ Damansara sebagai pakar jantung. Melihat Dr Beni sahaja boleh berdebar-debar jantung dibuatnya.
Disclaimer: Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS Seismik.
Ingin luahkan rasa pendapat dan pandangan peribadi? Anda juga boleh hantarkan artikel sebagai pembaca SAYS Seismik dengan emailkan ke [email protected]
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!