seismik

Inginkan Makanan Yang Simple? Jom Cuba Resepi Spicy Tuna Wrap Yang Lazat Ini

Pedas dan sedap!

Cover image via @aniqclone (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasannya, tuna dalam tin dimakan dengan roti ataupun dimakan begitu sahaja

Tahukah anda bahawa tuna dalam tin juga boleh dimakan bersama tortilla wrap, lantas menjadikannya lebih mengenyangkan.

Oleh itu, di sini kami kongsikan resepi Spicy Tuna Wrap yang sedap dan mudah oleh @aniqclone di TikTok. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Chilli tuna
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang Holland
  • Daun bawang
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Lada sulah
  • Garam
  • Gula
  • Tortilla wrap
  • Cheese

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan dua tin chilli tuna ke dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan sedikit bawang merah, bawang putih dan bawang Holland yang sudah dipotong ke dalam mangkuk yang sama.
3. Masukkan pula sedikit daun bawang.
4. Seterusnya, masukkan satu sudu sos cili dan satu sudu kicap manis.
5. Kemudian, masukkan lada sulah, garam dan gula mengikut cita rasa anda. Gaul hingga sebati.
6. Untuk wrap pula, sediakan tortilla wrap dan letakkan dua keping cheese atau lebih mengikut cita rasa anda.
7. Kemudian, letakkan isi tuna yang telah disediakan sebentar tadi.
8. Gulungkan wrap dengan kemas dan pastikan isinya tidak terkeluar. Selepas itu, anda boleh masak sebentar di dalam kuali dengan api kecil. Guna air fryer pun boleh.
9. Dah siap! Sedap dimakan waktu cheese masih cair.

Wah, memang nampak sedap dan mengenyangkan! :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: