seismik

"Influencer" Makan Tak Bayar, Bagi Alasan Nak Promosikan Restoran Di Platform Media Sosial

Ada juga ya yang buat macam ni.

Cover image via @cikta_77lauk (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dengan kuasa viral masa kini, ramai peniaga mengambil peluang untuk menggunakan khidmat influencer untuk promosikan perniagaan mereka

Namun begitu, bila dah terlalu ramai influencer yang membuat kandungan berasaskan promosi, ada antara mereka dikatakan mengambil kesempatan ke atas peniaga.

Itu yang dikongsikan seorang peniaga restoran, @cikta_77lauk menerusi video pendedahannya di TikTok berkenaan individu yang menggunakan 'tiket' sebagai influencer bagi mendapatkan makanan secara percuma.

Dalam video tersebut dia berkongsi bagaimana restorannya didatangi individu yang meminta padanya untuk membuat food review.

Image via TikTok

Dapat makan tanpa bayar dan langsung tidak membuat promosi untuk restoran terbabit

Membuat keputusan untuk menunggu sahaja apa yang akan dilakukan "influencer" tersebut, pemilik restoran mendapati video promosi restorannya langsung tidak dikeluarkan.

"Dah tiga bulan, haram, takda upload apa apa video, apa-apa promosi, takda apa-apa yang mendatangkan keuntungan kepada kita, takda.


"So agak-agak macam mana tu kau punya makan yang itu hari, mungkinlah bos halalkan tapi kau tu sendiri kau tu yang pergi makan kedai orang.

"Malu tau dekat orang yang bekerja keras yang datang walaupun makan nasi dengan ayam sahaja dia makan dia bayar," ujarnya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: