seismik

Influencer, Johanis Dedah Dirinya Ada Kronik Depresi, Ramai Terkejut & Beri Kata Semangat

Jangan ambil mudah isu depresi, ramai yang dah terkandas.

Cover image via Twitter @jyrhighness

Isu tentang depresi ini bukanlah satu perkara baru yang berlaku di kalangan generasi kini

Kalau dahulu, ia dianggap perkara taboo untuk dibincangkan secara meluas. Namun begitu, kini semakin ramai yang semakin memandang serius perkara tersebut. Apatah lagi, ramai yang tewas dalam usaha melawan depresi mereka.

Antaranya adalah selebriti seperti Chester Bennington, SHINee Jonghyun, Goo Hara, Sulli, Heath Ledger dan ramai lagi. 

Goo Hara (kiri) dan Sulli (kanan).

Image via Koreaboo

Selain itu, ramai yang tampil mendedahkan bahayanya apabila mengalami depresi dan juga cara-cara mengatasi 'penyakit' tersebut.

Terbaru, seorang influencer dikenali sebagai Johanis Hani memuat naik video di laman Youtube mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis mempunyai kronik depresi

Video berdurasi 14 minit itu dimuat naik pada 6 Januari 2020 kini telah mendapat tontonan lebih 94 ribu menyaksikan Johanis menjelaskan bahawa dia kini berusaha untuk pulih daripada depresi yang dialaminya. 

Kongsinya, antara salah satu punca dia mengalami depresi kerana sikapnya yang merupakan seorang perfectionist

Johanis Sani.

Image via Instagram @jo.ms

Lihat video penuh di bawah:

Susulan itu, ramai yang bersimpati dengan Johanis dan memberikan kata-kata semangat buatnya. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan depresi.

Bahasa:

"Saya ingin sekali berikan dia satu pelukan. Mereka yang turut mengalami perkara sama, tolong dapatkan bantuan pakar," tulisnya. 

Bahasa:

"Saya sendiri pernah didiagnosis dengan depresi selama 9 tahun dan saya boleh faham kesakitannya. Berdasarkan fakta, orang layan kita ikut populariti.

"Semakin popular kita, semakin banyak perhatian yang kita dapat. Orang macam saya dapat **** setiap masa. Saya tidak membenci Johanis, tolong baca dan hadamkan," tulisnya.

Bahasa: 

"Kadang-kadang orang yang mempunyai depresi menangis kerana mereka merasakan banyak perkara yang salah tentang diri mereka tapi tak tahu apa bendanya. 

"Johanis pendekkan dengan ayat 'saya tidak sayang diri saya' dan ia membawa banyak makna," tulisnya. 

Bahasa: 

"Saya lalui perkara sama dengan Johanis. Perasaannya sukar untuk diterangkan. Saya ada kongsi dengan kawan baik saya dan ayat yang saya taip kepadanya sambil menangis adalah 'saya akan jadi lebih baik cuma penat dengan perasaan ini'," tulisnya. 

Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan dakwaan Johanis itu kerana dia kelihatan 'ok' di sosial media. Oleh itu, dia tampil menjelaskan situasi tersebut.

Bahasa:

"Sebelum orang datang kat saya dan cakap 'kata depressed', saya dah berpura-pura okay lama dah dan ia dah jadi sifat kedua dalam diri saya. 

"Kenapa saya kena berhenti buat apa yang saya buat sebelum ini hanya kerana saya dedahkan kepada dunia keadaan diri saya? Peace semua,

"Saya tak jangka yang semua orang akan faham dan itu tidak mengapa. Allah SWT kesakitan saya, apa yang saya lalui dan niat saya yang sebenarnya. Itu yang penting,"
tulisnya.

Depresi ini tidak mengenal usia dan sangat sukar untuk diketahui. Kadang-kadang kita lihat orang tu kelihatan macam okay sahaja tapi sebenarnya dia tidak.

Paling penting, apabila rakan anda meluahkan masalah yang mereka hadapi, jadilah pendengar yang setia dan bantu apa yang terdaya. 

Image via Stare Cat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Depresi ini sangat bahaya kalau tidak dirawat:

You may be interested in: