seismik

Individu Luah Rasa Gembira Lepas Kerajaan Umum OKU Dapat Naik Perkhidmatan Awam Percuma

Gunakan perkhidmatan awam sebetulnya.

Cover image via Ahmad Syakir (Facebook) & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) boleh menikmati tambang percuma bagi pengangkutan awam mulai 1 Februari tahun ini

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata tambang percuma itu termasuk semua perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan bas di Lembah Klang.

Perkhidmatan percuma ini adalah penambahbaikan, berbanding pas konsesi sebelum ini yang menawarkan diskaun 50 peratus ke atas tambang perjalanan untuk penumpang OKU.

Beliau berkata, Rapid KL Dan Rapid Penang juga menyediakan perkhidmatan khusus untuk penumpang OKU yang dikenali sebagai Rapid Mobiliti yang melibatkan pemasangan lif hidraulik untuk membolehkan penumpang yang menggunakan kerusi roda menaiki kenderaan dengan mudah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via FMT Malaysia

Luah rasa gembira dapat inisiatif ini daripada kerajaan

Sementara itu, seorang pengguna di Facebook turut meluahkan rasa gembiranya selepas kerajaan mengumumkan berita tersebut.

Dia juga berkongsi bagaimana cara untuk golongan OKU mendapatkan perkhidmatan percuma berkenaan dengan perlu mendaftar dan menunjukkan kad OKU mereka.

"Kerajaan dah bagi peruntukan buat golongan OKU, gunakankah sebaiknya. Semoga bermanfaat. Sekali lagi, minta kongsikan kerana ramai golongan OKU yang tidak mengetahui tentang manfaat ini," tulisnya.

Lihat perkongsian itu di bawah:

Semoga inisiatif ini dapat meringankan lagi pemegang kad OKU :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: