seismik

4 'Talking Points' Utama Menjelang Perlawanan JDT Vs Kedah Esok

Pasukan mana yang akan merangkul gelaran juara tahun ini?

Cover image via Fox Sports Asia

Piala Malaysia hampir melabuhkan tirai, dan esok kita bakal menyaksikan pertembungan di antara dua pasukan terhebat tanah air; JDT dan Kedah

Image via Kedah News

Kedah telah menjuarai kejohanan Piala FA tahun ini dan merupakan juara bertahan Piala Malaysia sejak tahun lepas, manakala juara empat kali berturut-turut Liga Super, JDT mahu menambah satu-satunya koleksi piala yang masih "hilang" daripada kabinet trofi mereka.

Walaupun Harimau Selatan berulang kali menegaskan bahawa Piala Malaysia bukanlah trofi penting yang dicari (JDT meletakkan keutamaan pada Liga Super dan AFC), mereka tetap berhasrat untuk menjulang piala tersebut setelah kempunan buat sekian lama.

Ini dia 4 main talking points menjelang Final Piala Malaysia:

1. Battle of 2 strikers

Mohammed Ghaddar (kiri) dan Sandro Da Silva.

Image via SAYS

Kedua-dua pasukan meletakkan harapan tinggi kepada penyerang prolifik mereka iaitu Sandro Da Silva dan Mohammed Ghaddar.

Sandro Da Silva yang bermain untuk pasukan Kedah merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Piala Malaysia musim ini dengan 9 gol daripada 10 perlawanan.

Manakala penyerang terbaru JDT, Mohammed Ghaddar yang menyertai pasukan itu melalui perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak tempatan pada Mei lalu berada di belakang Sandro dengan 6 gol.

Siapakan yang bakal menggegarkan jaring gol Sabtu ini?

2. JDT tekad tamatkan kemarau 26 tahun

Image via TV14

JDT muncul juara Piala Malaysia buat kali terakhir pada tahun 1991 apabila berjaya menewaskan pasukan Selangor dengan jaringan 3-1 di Stadium Merdeka.

Tiga tahun lepas, JDT melangkah ke perlawanan akhir dan hampir merangkul kejuaraan tetapi terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan Pahang menerusi sepakan penalti selepas terikat dengan jaringan 2-2.

Mampukah Harimau Selatan menundukkan Helang Merah?

3. Kedah melangkah ke final Piala Malaysia 3 tahun berturut-turut

Helang Merah dianggap sebagai pasukan gergasi dalam saingan Piala Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Buat tahun ketiga berturut-turut, mereka sekali lagi mara ke perlawanan akhir untuk menentang Harimau Selatan di Stadium Shah Alam.

Pada tahun 2016 dan 2015, perlawanan akhir Piala Malaysia menyaksikan pertembungan di antara dua pasukan yang sama iaitu Kedah dan Selangor.

Kedah tumpas di tangan Selangor pada 2015 dengan jaringan 0-2, kemudian berjaya merampas semula gelaran juara pada 2016 apabila memenangi perlawanan akhir menerusi sepakan penalti.

Adakah Kedah akan juara lagi tahun ini?

4. Harimau Selatan tewas ke tangan Helang Merah dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada Januari lalu

Kedah menafikan hasrat JDT untuk melakar hatrik selepas menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 20 Januari 2017.

Kemenangan itu cukup bermakna selepas kali terakhir Kedah menjulang piala berkenaan 23 tahun lalu.

Kedah merupakan pencabar terdekat JDT musim ini walupun sekadar menduduki tangga keempat dalam Liga Super. JDT yang tewas pada perlawanan pembuka tirai pastinya tidak mahu mengakhiri musim ini dengan kekalahan sekali lagi.

Pasukan mana agaknya yang akan kecewa?

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Dapatkan segala info lengkap tentang perlawanan ini menerusi aplikasi Kita Juara!

Image via amazonaws.com

Aplikasi sukan Kita Juara memastikan peminat bola sepak Malaysia tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa Liga Malaysia, melalui maklumat terkini Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia, dan Piala FA.

Kandungan Kita Juara termasuk:

- video rangkuman gol dan perlawanan, termasuk perlawanan yang tidak diliputi dalam siaran langsung di TV
- jadual perlawanan
- skor dan keputusan
- kedudukan pasukan
- berita terkini
- ulasan sosial semasa perlawanan
- dan banyak lagi

Image via SAYS

Tidak kira pasukan mana yang anda sokong, baik JDT, Kelantan, Selangor, atau Kedah, Kita Juara adalah satu-satunya aplikasi yang anda perlukan untuk mengikuti segala perkembangan arena bola sepak Malaysia.

Muat turun aplikasi Kita Juara sekarang di Google Play Store dan Apple App Store.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak cari makanan Halal?

You may be interested in: