seismik

Iklan Jawatan Kosong 'Econsave' Ini Hodoh Sangat, Lepasan Tadika Pun Boleh Mohon Rasanya!

Siapa yang power dalam bidang reka grafik itu, tolonglah apply. Kesian pula tengok Econsave ini haa.

Cover image via Twitter @econsavemy

Kepada sesiapa yang power dalam bidang reka bentuk grafik bolehlah cuba apply kerja dengan Econsave sebab mereka memang memerlukannya DENGAN KADAR SEGERA

Image via Google

Baru-baru ini, rangkaian pasaraya Homegrown Econsave telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial selepas pengumuman kekosongan pekerjaan mereka untuk pereka grafik disebarkan melalui laman Facebook dan Twitter.

Iklan peluang pekerjaan yang dikeluarkan Econsave hanya berasaskan teks ringkas ditulis dengan tulisan tangan menggunakan MS Paint itu ternyata membuat ramai yang tertawa lagi terhibur.

Selain daripada teks "Jawatan kosong Pereka Grafik", salah satu perkara yang benar-benar menggelikan hati dalam iklan ini adalah amaran pada bahagian footer menyatakan bahawa sesiapa dengan kemahiran reka bentuk grafik kurang dari yang dipaparkan dalam iklan adalah dilarang sama sekali untuk memohon.

Menerusi laman Facebook rasmi Econsave, sesiapa yang ingin memohon untuk jawatan ini harus mempunyai sekurang-kurangnya sijil Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan, dan Fresh Graduates amat dialu-alukan

Selain itu calon haruslah mampu menggunakan perisian Adobe Creative Suite, Adobe InDesign, Adobe Acrobat, Adobe Illustrator, Adobe PhotoShop dengan cemerlang.

Image via Saving Kaki

Sekiranya calon mempunyai pengalaman dalam reka bentuk laman web, pengaturcaraan web atau mempunyai pengalaman dalam penyuntingan video dan fotografi, maka ianya akan dikira sebagai bonus.

Calon yang berjaya mendapat jawatan tersebut akan bekerja di pejabat Econsave yang  berpangkalan di Seksyen 36, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Ekoran tularnya iklan jawatan kosong Econsave ini, ramai netizen yang terhibur dan meninggalkan komen-komen nakal di Twitter

Tapi sebenarnya, ramai juga yang teruja dan memuji cara dan konsep pengiklanan ini dibuat

Siapa yang power dalam graphic design, bolehlah cuba apply!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel hiburan di SAYS Seismik:

You may be interested in: